Sumber Rujukan Globalisasi Anda

UPKK 2024: Tarikh & Jadual Terkini Ujian Penilaian Kelas KAFA

Berikut adalah tarikh rasmi Ujian Penilaian Kelas KAFA, UPKK 2024 untuk makluman semua guru, ibu bapa dan pelajar diluar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu UPKK?

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK adalah sebuah ujian penting untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid Tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) adalah suatu program yang berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam bagi kanak-kanak berumur dari 7 hingga 12 tahun yang dilaksanakan sejak tahun 1990.

Program ini memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardu Ain bagi membentuk kemenjadian murid yang cemerlang di dunia dan akhirat.

UPKK 2024: Tarikh & Jadual Terkini Ujian Penilaian Kelas KAFA 1
UPKK 2024

Subjek Kurikulum KAFA

Program KAFA menggunakan Kurikulum dan Buku Teks KAFA JAKIM yang menekankan kemahiran amali bagi membimbing murid mengenai Al-Quran dan melaksanakan ibadah khusus selain daripada penguasaan aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.

Kurikulum ini memberi tumpuan kepada pendidikan asas Tilawah Al-Quran, pembentukan Akidah, bimbingan Fardu Ain, memupuk amalan Fardu Kifayah dan amalan Adab yang berteraskan Akhlak Islamiah yang mencakupi dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Terdapat lapan (8) subjek dalam Kurikulum KAFA, iaitu:

  1. Amali Solat.
  2. Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI).
  3. Tilawah Al-Quran.
  4. Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah).
  5. Sirah.
  6. Adab (Akhlak Islamiyah).
  7. Jawi dan Khat.
  8. Asas Lughatul Quran.

Bentuk Penilaian UPKK

Bentuk-bentuk penilaian UPKK oleh JAKIM adalah seperti berikut:

Bentuk PenilaianSubjek
LisanAl-Quran
AmaliAmali Solat
Lisan & PemerhatianPenghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
BertulisUlum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
Sirah
Adab (Akhlak Islamiyah)
Jawi dan Khat
Asas Lughatul Quran

Syarat Kelayakan UPKK

Antara syarat-syarat kelayakan untuk menghadapi peperiksaan UPKK adalah seperti berikut:

  1. Belajar dan telah mengikuti program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sekurang-kurangnya 3 tahun.
  2. Mengikut Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
  3. Murid Tahun 5 program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) adalah berumur 11 tahun (mengikut tahun semasa).
  4. Berdaftar untuk menduduki UPKK.

Jika anda ingin menyemak kelayakan anak / murid atau ingin menyemak maklumat sekolah / KAFA di tempat anda, boleh semak pada Portal Simpeni pada pautan berikut:

>>>Semakan Kelayakan & Maklumat UPKK 2024<<<

Jadual Waktu UPKK 2024

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan UPKK yang rasmi telah dikeluarkan dan diumumkan oleh JAKIM.

TarikhWaktu UjianKod KertasMata PelajaranTempoh Masa Ujian
1/7/2024 – 28/10/2024Waktu PersekolahanUPKK 08Penghayatan Cara Hidup Islam81 Hari
1/7/2024 – 28/10/2024Waktu PersekolahanUPKK 09Amali Solat81 Hari
29/10/2024 – 29/11/2024Waktu PersekolahanUPKK 01Al-Quran22 Hari
*Hari Pertama2.30 – 3.45 PetangUPKK 02Akidah1 Jam 15 Minit
*Hari Pertama4.15 – 5.30 PetangUPKK 04Adab1 Jam 15 Minit
*Hari Kedua2.30 – 3.45 PetangUPKK 07Ibadah1 Jam 15 Minit
*Hari Kedua4.15 – 5.30 PetangUPKK 05Jawi dan Khat1 Jam 15 Minit
*Hari Ketiga3.00 – 4.15 PetangUPKK 03Sirah1 Jam 15 Minit
*Hari Keempat3.00 – 4.15 PetangUPKK 06Bahasa Arab1 Jam 15 Minit
UPKK 2024

*Tarikh peperiksaan akan dimaklumkan dan dikemaskini melalui medium rasmi JAKIM.

UPKK 2024: Tarikh & Jadual Terkini Ujian Penilaian Kelas KAFA 2
UPKK 2024

Kelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK

UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.

Peperiksaan ini malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menjadi pilihan ibu bapa ketika ini.

Tidak ketinggalan juga, keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi dan tiga (3) buah Sekolah Menengah Agama Persekutuan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan tarikh peperiksaan bertulis UPKK 2024 ini, sila rujuk Facebook Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More