Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MATRADE Tahun 2024
Jawatan Kosong MATRADE bagi tahun 2024 ini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong MATRADE 2024
Maklumat Jawatan Kosong MATRADE 2024 ini adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Lokasi Penempatan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 | Ibu Pejabat MATRADE | RM2,083.00 – RM9,549.00 | 23 Jun 2024 |
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 | Ibu Pejabat MATRADE | RM2,315.00 – RM9,618.00 | 23 Jun 2024 |
Pegawai Undang-Undang Gred L41 | Ibu Pejabat MATRADE | RM2,418.00 – RM9,607.00 | 23 Jun 2024 |
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 | Ibu Pejabat MATRADE (Pembangunan Sistem Aplikasi DAN Perkhidmatan Digital) | RM1,549.00 – RM5,684.00 | 23 Jun 2024 |
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 | Pejabat MATRADE Wilayah Selatan (Johor) | RM1,352.00 – RM4,003.00 | 23 Jun 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong MATRADE 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
Calon lantikan Jawatan Kosong MATRADE ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada insititusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,083.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,286.57); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,490.99); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau
- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,899.83); atau
- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM3,002.03).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
Calon lantikan Jawatan Kosong MATRADE ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada insititusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,315.00); atau
- Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada insititusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,833.78); atau
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada insititusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM3,145.11).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41
Calon lantikan Jawatan Kosong MATRADE ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada insititusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau
- Sijil Amalan Guaman (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau
- Barrister-at-law-England (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau
- Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
Calon lantikan Jawatan Kosong MATRADE ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil dalam bidang teknologi maklumat, proses data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau
- Diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,855.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19
Calon lantikan Jawatan Kosong MATRADE ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Pengisian Jawatan secara dalam talian (online) sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 23 Jun 2024 (Ahad).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Temuduga Terbuka Di PUSPAKOM 2024,
- Jawatan Kosong PERDA 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) 2024,
- Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2024,
- Jawatan Kosong MARDI 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MATRADE 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.