Takbir Raya Lengkap (Jawi & Rumi) Beserta Maksud
Takbir Raya amat dekat di hati umat Islam kerana dengan alunan yang dilantunkan berjaya merakam detik kemenangan yang menyentuh hati dan berusaha untuk menjadi versi terbaik diri setiap Muslim.
Isi Kandungan
Sunat Menghidupkan Takbir Pada Hari Raya
Umat Islam disunatkan untuk menghidupkan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha dengan lafaz Takbir.
Sabda Nabi Muhammad SAW:
زَيِّنُوْا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبير
Maksudnya: “Kamu hiasilah Hari Raya dengan Takbir.”
Hadis Riwayat Al-Thabarani
Lafaz Takbir Raya
Berikut adalah lafaz Takbir Raya dalam Jawi dan Rumi, beserta maksudnya:
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar) |
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar (Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar) |
اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Allaahu Akbar Walillaahil Hamd’ (Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah) |

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالحَمْدُ لِلهَ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً Allahu Akbar Kabiiraa, Walhamdulillaahi Katsiiraa, Wasubhaanallaahi Bukrataw Wa asiillaa (Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang) |
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ Laa ilaaha illallallahu Walaa na’budu illaa iyyaahu Mukhlishiina lahuddiin Walau karihal kaafiruun (Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, Kami ikhlas kepada-Nya sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir) |
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ Laa ilaaha illallallahu wahdah, Sadaqa wa’dah, Wanasora ‘abdah, Wa a’azza jundahu Wahazamal ahzaaba wahdah (Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati Janji-Nya, Yang Menolong Hamba-Nya, dan Yang Memuliakan tentera-Nya dalam mengalahkan tentera Al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya)) |
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ Laa ilaaha illallaahu Wallaahu Akbar (Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar) |
اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Allaahu Akbar Walillaahil Hamd’ (Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah) |
Jenis Takbir Raya
Ulama membahagikan Takbir Raya kepada dua (2) jenis, iaitu Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad.
Takbir Mursal | Takbir Muqayyad |
---|---|
Juga disebut sebagai Takbir Mutlak, kerana perlaksanaannya tidak terikat dengan waktu solat. | Perlaksaanan takbir ini terikat dengan perlaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu lima waktu). Oleh itu, apabila masuk waktu bertakbir Hari Raya Aidiladha, kita disunatkan untuk bertakbir selepas setiap kali solat fardhu. |
Apabila tenggelam matahari pada malam Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfiri sehingga takbiratul ihram Solat Hari Raya, kita disunatkan untuk bertakbir sepanjang masa. Para ulama menetapkan bahawa perlaksanaan Takbir Mursal bagi Hari Raya Aidilfitri lebih ditekankan berbanding Hari Raya Aidiladha. | Takbir Muqayyad ini hanya berlaku bagi Hari Raya Aidiladha dan tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilftri melainkan Takbir Mursal sahaja yang juga lebih ditekankan bagi Aidilfitri. |
Perbezaan Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha
Hari Raya Aidilfitri | Hari Raya Aidiladha |
---|---|
Disambut pada 1 Syawal | Disambut pada 10 hingga 13 Zulhijjah |
Sunat Makan sebelum Solat Raya (1 Syawal) | Sunat Tidak Makan sebelum Solat Raya (10 Zulhijjah) |
Solat Raya dilambatkan bagi peluang orang membayar Zakat | Solat Raya dicepatkan bagi segera sembelih Korban |
Takbir Raya bermula Maghrib 1 Syawal hingga selesai Solat Raya | Takbir Raya bermula pada 9 hingga 13 Zulhijjah |
Tiada sembelihan Korban | Sembelihan Korban disunatkan selepas Khutbah Raya sehingga Asar 13 Zulhijjah |
Tiada ibadah Haji dikerjakan | Ibadah Haji bermula 8 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah |
Khaifiat & Waktu Takbir Raya
Khaifiat dan waktu takbir Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha menurut Mufti Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:
Semoga perkongsian Takbir Raya ini bermanfaat untuk semua umat Islam diluar sana dan Selamat Menyambut Hari Raya!