Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Mudah Buat Daging Masak Hitam Yang Sangat Sedap

Berikut adalah perkongsian resepi mudah untuk membuat daging masak hitam yang pasti akan menjadi menu kegemaran ramai di Hari Raya Aidiladha ini.

Isi Kandungan

Resepi Daging Masak Hitam Versi Che Nom

Resepi Daging Masak Hitam yang sangat sedap versi Che Nom ini kebiasaanya dimakan bersama nasi tomato dan juga nasi minyak.

Rasa kuahnya yang berempah dan pekat memang sangat terbaik.

Resepi Mudah Buat Daging Masak Hitam Yang Sangat Sedap 1

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuat Daging Masak Hitam ini terbahagi kepada 3 bahagian seperti berikut:

Bahan-Bahan Utama– 500g daging
– 1 batang serai, diketuk
– 1 helai daun pandan
– 1 batang kayu manis
– 5 biji buah pelaga
– 2 kuntum bunga lawang
– 1 kuntum bunga cengkih
– 2 sudu besar cili kisar
– 1 biji tomato, dihiris nipis
– kicap manis secukupnya
Bahan-Bahan Untuk Perapan– 1 sudu besar sos tiram
– 1 sudu besar kicap manis
– 1 sudu kecil serbuk jintan putih
– 1 sudu besar serbuk ketumbar
– 1 sudu kecil serbuk jintan manis
Bahan-Bahan Untuk Tumbuk Halus– 3 ulas bawang putih
– 4 biji bawang merah
– 1 inci halia

Cara Penyediaan

Cara-caranya adalah seperti yang berikut:

  1. Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat. Ini 13 tips mudah nak bagi daging cepat lembut dan tidak liat.
  2. Perap daging dengan Bahan-Bahan Untuk Tumbuk Halus dan Bahan-Bahan Untuk Perapan selama minimum 1 atau 2 jam.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  4. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
  6. Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
  7. Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
  8. Sedia untuk dihidang bersama nasi atau makan begitu sahaja.

Tips Tambahan

  • Makin lama daging diperap, makin sedap rasanya kerana bahan perapan meresap ke dalam daging dan menjadikannya lagi lembut.
  • Resepi Daging Masak Hitam ini tidak perlu lagi dimasukkan garam kerana rasa masin dan manis dari sos tiram dan kicap sudah mencukupi. Rasa masam pula diseimbangkan dengan rasa tomato. Boleh juga kalau nak gantikan buah tomato dengan tomato puree.
Resepi Mudah Buat Daging Masak Hitam Yang Sangat Sedap 2
Credit Asal: Che Nom

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More