Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Awal Muharram 2024: Tarikh Maal Hijrah 1446H

Berikut adalah info mengenai tarikh Maal Hijrah atau Awal Muharram 2024 untuk semua makluman umat Islam di luar sana.

Isi Kandungan

Tahun Baru Islam

Tahun Baru Islam, juga dipanggil Tahun Baru Hijrah adalah hari yang menandakan permulaan tahun baru Hijriah dan merupakan hari di mana jumlah tahun bertambah.

Hari pertama tahun Islam akan disambut oleh kebanyakan umat Islam pada hari pertama bulan Muharram.

Zaman era Islam ditetapkan sebagai tahun penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya dari Mekah ke Madinah, yang dikenali sebagai Hijrah.

Semua kewajipan agama, seperti solat 5 waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadan, dan Haji adalah tarikh-tarikh peristiwa penting dan sebuah perayaan serta dikira mengikut kalendar Islam.

Awal Muharram 2024: Tarikh Maal Hijrah 1446H 1

Tarikh Penting Kalendar Islam Bagi Tahun 2024

Menurut Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berikut merupakan tarikh-tarikh penting dalam islam bagi perayaan atau hari kebesaran islam untuk tahun 2024.

Tarikh Hijri (H)Tarikh Miladi (M)Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 14458 Februari 2024Israk Dan Mikraj
1 Ramadan 144512 Mac 2024Awal Ramadan / Berpuasa
17 Ramadan 144528 Mac 2024Nuzul Al-Quran
1 Syawal 144510 April 2024Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 14458 Jun 2024Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 144517 Jun 2024Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 14467 Julai 2024Awal Muharram / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 144616 September 2024Maulidur Rasul
Tarikh-tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja, Malaysia.

Tarikh Awal Muharram 2024

Awal Muharram menandakan permulaan tahun baru bagi umat Islam mengikut Kalendar Islam di seluruh Malaysia.

Bagi tahun 2024, Awal Muharram adalah jatuh pada hari Ahad bertarikh 7 Julai 2024, iaitu bersamaan 1 Muharram 1446H.

Awal Muharram 2024: Tarikh Maal Hijrah 1446H 2

Di samping itu, Awal Muharram adalah merupakan hari Kelepasan Am Persekutuan atau cuti umum bagi semua negeri di Malaysia, iaitu

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Johor.
  • Kedah.
  • Kelantan.
  • Melaka.
  • Negeri Sembilan.
  • Pahang.
  • Perak.
  • Perlis.
  • Pulau Pinang.
  • Sabah.
  • Sarawak.
  • Selangor.
  • Terengganu.

Semoga perkongsian tentang Awal Muharram 2024 di atas bermanfaat untuk anda semua rakyat Malaysia di luar sana.

Selamat Menyambut Maal Hijrah atau Awal Muharram 2024!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More