Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2024

Berikut adalah info penting mengenai Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 bagi tahun 2024 untuk pelajar-pelajar lepasan SPM 2023.

Isi Kandungan

Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka permohonan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 menerusi Program Dermasiswa B40 (DB40) mengikut kriteria-kriteria tertentu pada awal bulan Ogos 2024.

Penajaan di bawah program ini membantu pelajar-pelajar lepasan SPM dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di

  • Universiti Awam (UA),
  • Politeknik,
  • Institut Kemahiran Awam (IKA), dan
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

yang dikenal pasti mempunyai prospek kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.

Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2024 1

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum Program Dermasiswa B40 (DB40) bagi tahun 2024 yang telah ditetapkan oleh JPA seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon disyaratkan bebas daripada sebarang penyakit kronik / penyakit berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya untuk mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Pemohon telah menduduki peperiksaan SPM 2023 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian.
  5. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM yang diduduki.
  6. Telah menerima tawaran di Institusi Pengajian.
  7. Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM 5,249.00 sebulan dan ke bawah.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) bagi tahun 2024 ini dibuka bermula 5 Ogos 2024, jam 2.00 petang sehingga 18 Ogos 2024, jam 5.00 petang dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau pada Portal Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2024 2

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) ini, sila rujuk saluran-saluran berikut:

Selain itu, terdapat juga biasiswa lain seperti 

yang kini sedang dibuka. Sila rujuk tarikh tutup permohonan terlebih dahulu pada artikel berkaitan sebelum membuat sebarang permohonan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More