Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong IKIM Tahun 2024

Jawatan Kosong IKIM bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong IKIM 2024

Maklumat Jawatan Kosong IKIM bagi tahun 2024 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanEksekutif Pemasaran Gred EP29
Taraf JawatanKontrak Berasaskan Kecemerlangan, Contract Of Service (COS)
Kumpulan PerkhidmatanPelaksana
Jumlah KekosonganSatu (1)
Lokasi PenempatanInstitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Jadual GajiMinimum RM 2,500.00 (Berasaskan kepada Kebolehan dan Pengalaman Kerja)
Elaun1. Komunikasi – RM 100.00
2. Perjalanan – RM 100.00
3. Komisen akan diberikan berdasarkan prestasi dan pencapaian sasaran jualan.
Tarikh Tutup Permohonan5 Julai 2024 (Jumaat)

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong IKIM ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan Istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Matrikulasi KPM atau Diploma Pengajian Perniagaan (pengkhususan dalam Pemasaran) / Diploma Pemasaran daripada institusi-institusi pengajian tinggi / swasta atau kelayakan yang diiktiraf oleh IKIM setaraf dengannya.
  4. Keutamaan akan diberi kepada calon yang berketerampilan dan fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
  5. Berpengalaman lima (5) tahun dalam bidang Jualan dan Pemasaran Iklan, Penajaan Program Radio, dan Media Sosial di sektor Awam atau swasta.
  6. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan berpenampilan menarik.
Pengambilan Jawatan Kosong IKIM Tahun 2024 1

Bidang Tugas

Tugas-tugas untuk jawatan kosong di atas adalah seperti ketetapan berikut:

  • Membantu Pengurus Pemasaran dan Promosi membuat pemasaran dan jualan produk-produk IKIM yang merangkumi Iklan Radio dan Penajaan Program Dalaman (Radio dan Media Sosial) dan luar (Karnival) serta Media Sosial.
  • Merancang secara komprehensif dan mengatur kaedah untuk mencapai keuntungan yang maksimum dalam pemasaran yang strategik dan efektif.

Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat dipelawa untuk mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap (Resume / Curriculum Vitae) mengenai

  • kelayakan dan pengalaman,
  • salinan sijil-sijil akademik dan transkrip,
  • kad pengenalan,
  • sijil kelahiran,
  • slip gaji terakhir,
  • nombor telefon untuk dihubungi, dan
  • sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan)

kepada alamat berikut:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan (UMIN))
Tel: 03 – 6204 6259

Salinan Sijil-Sijil Akademik dan Transkrip, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Slip Gaji Terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan.

Sila nyatakan Nama Jawatan Yang Dipohon di penjuru kiri sampul surat dan permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 5 Julai 2024, jam 4.30 petang.

Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.

Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil untuk ke sesi temuduga.

Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Jawatan Kosong IKIM Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong IKIM ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong IKIM bagi tahun 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More