Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Semakan Ke Maktab Bagi Lepasan SPM 2023

Tarikh semakan ke maktab perguruan atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP 2024) adalah antara berita yang ditunggu-tunggu oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. Bermula selepas keluar keputusan SPM 2023 tempoh hari, dikhabarkan oleh salah seorang calon temuduga bagi kemasukan ke PISMP ini, lebih 27,000 permohonan diterima dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya memerlukan 6,000 calon sahaja untuk semua penempatan.

Tarikh Semakan Ke Maktab Bagi Lepasan SPM 2023 1
Tarikh Semakan Ke Maktab Bagi Lepasan SPM 2023 5

Isi Kandungan

Tarikh semakan ke maktab lepasan SPM 2023

Berikut dikongsikan tarikh penting dan pautan semakan tawaran kemasukan IPG 2024 Online untuk sesi ambilan 2024. Berdasarkan kepada kalendar aktiviti permohonan IPG semakan Keputusan IPG 2024 (PISMP) Online akan diumumkan pada sekitar bulan Julai dan tertakluk kepada perubahan. Calon yang berjaya adalah dikehendaki untuk mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang PISMP, manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri. Pemohon adalah diingatkan untuk sentiasa merujuk kepada Portal Rasmi KPM di ruangan pemberitahuan untuk makluman terkini.

tarikh semakan ke maktab
Tarikh Semakan Ke Maktab Bagi Lepasan SPM 2023 6

Menurut laman rasmi PISMP, tarikh semakan untuk keputusan layak temuduga dan ujian fizikal boleh dibuat pada 13 Jun lepas dan tarikh perlaksanaan temuduga serta ujian fizikal adalah pada 24 Jun hingga 4 Julai (boleh rujuk jadual di bawah).

tarikh semakan ke maktab
Tarikh Semakan Ke Maktab Bagi Lepasan SPM 2023 7

Tarikh semakan tawaran jaya dan pendaftaran calon

Menurut seperti yang dikongsi oleh pihak PISMP, tarikh selepas temuduga dan ujian fizikal adalah seperti berikut:

  • 13 Ogos 2024 – Semakan Tawaran Jaya
  • 26 Ogos 2024 – Pendaftaran calon ke pusat pengajian

Rayuan

Walau bagaimanapun, calon yang tidak layak masih boleh membuat rayuan. Syarat rayuan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang telah menjalani saringan UKCG dan menghantar rakaman video pengajaran
  2. Pemohon yang telah memohon program IPG tetapi tidak mendapat mana-mana tawaran dalam pilihan 1 hingga 12 semasa membuat permohonan dalam UPUonline
  3. Pemohon yang telah memohon Pilihan 1-4 bagi Program Bahasa Melayu (SK), Sejarah (SK), Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SK), Bimbingan dan Kaunseling, Matematik (SJKC) dan tidak mendapat mana-mana tawaran dalam pilihan 1 hingga 12 semasa membuat permohonan dalam UPUonline
  4. Sekiranya layak IPGM boleh menawarkan mana-mana bidang dan aliran sekolah mengikut keperluan KPM seperti berikut;
    1. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC/SJKT) untuk Tahap 2 (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC/SJKT) untuk Tahap 2 bahasa Cina tidak diperlukan, mempunyai syarat kepujian bahasa Cina adalah satu kelebihan.)
    1. Reka bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah (SK)
    1. Pendidikan Masalah Penglihatan (SK)

Sila rujuk syarat bidang pengkhususan di portal http://upu.moe.gov.my, hanya pemohon yang mempunyai kelayakan syarat bidang akan dipertimbangkan.

Tarikh Semakan Ke Maktab Bagi Lepasan SPM 2023 2
Tarikh Semakan Ke Maktab Bagi Lepasan SPM 2023 8

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi maklumat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR
  • No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
  • emel : [email protected] | [email protected]

Selamat membuat semakan keputusan tawaran IPG ambilan tahun 2024. Tahniah kepada lepasan SPM yang berjaya menjadi calon guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Selain ke IPG, murid lepasan SPM juga boleh ke tingkatan 6 dan semak keputusan di SINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More