Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 PTPTN
Berikut adalah info lanjut menjenai kempen strukturkan pinjaman anda serendah RM300 yang telah diumumkan oleh PTPTN pada baru-baru ini.
Isi Kandungan
Apa Itu Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300?
Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 adalah merupakan kempen kesedaran untuk bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bertujuan untuk menggalakkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman PTPTN dan kempen ini juga ditawarkan khas kepada peminjam yang mempunyai tunggakan dalam tempoh kempen.
PTPTN memperkenalkan sebuah inisiatif khas ini bagi menggalakkan peminjam yang mempunyai tunggakan untuk mula membuat bayaran balik pinjaman PTPTN mereka.
Kempen ini adalah bertujuan untuk membantu peminjam dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik dan memastikan kelancaran bayaran balik pinjaman.
Syarat Kelayakan Kempen
Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dalam tempoh kempen, sama ada Peminjam Konvensional ataupun Ujrah.
Kempen ini hanya layak kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan baki pinjaman PTPTN sahaja.
Peminjam hanya perlu membuat bayaran tunggakan sekurang-kurangnya sebanyak RM300 sahaja untuk menyertai kempen ini.
Peminjam yang layak perlu mematuhi syarat-syarat seperti ketetapan berikut:
Bayaran Tunggakan | Peminjam dikehendaki membuat bayaran tunggakan sekurang-kurangnya sebanyak RM300 sahaja untuk Penstrukturan Semula Pinjaman PTPTN. Melalui kaedah ini, peminjam boleh mengubah atau menyusun semula ansuran bulanan pada Jadual Bayaran Balik (JBB) mengikut kemampuan masing-masing. Ansuran bulanan minimum ditetapkan berdasarkan anggaran penentuan 5% – 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik dan kelulusan PTPTN. Bayaran boleh dibuat melalui semua saluran bayaran balik dalam tempoh kempen. |
Potongan Gaji atau Debit Terus | Semasa proses rundingan, peminjam diwajibkan untuk membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik. Ini bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur. Bayaran boleh dibuat melalui semua saluran bayaran balik dalam tempoh kempen. |
Tempoh Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300
Kempen ini kini berlangsung bermula daripada 1 Jun 2024 sehingga 31 Julai 2024 dan kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan, tidak kira sama ada bagi Pinjaman Konvensional atau Ujrah.
Rundingan bayaran balik seperti kemudahan Pertukaran Ujrah, Penggabungan Pinjaman dan Penjadualan atau Penstrukturan Semula Pinjaman turut layak menyertai kempen ini.
PTPTN mempunyai hak mutlak untuk menukar atau meminda tempoh kempen ini sekiranya perlu dengan memberikan notis yang secukupnya dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh pertukaran atau pindaan tersebut melalui pemberitahuan dalam laman web rasmi PTPTN, media elektronik atau paparan notis di cawangan-cawangan PTPTN.
Manfaat Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300
Kempen ini menawarkan pelbagai manfaat kepada peminjam, antaranya adalah
- dapat membantu mengurangkan dan mencapai zero tunggakan sekali gus dapat memperbaiki rekod kredit peminjam; dan
- dapat memastikan bayaran balik seterusnya dibuat secara konsisten pada setiap bulan melalui kaedah potongan gaji atau debit terus.
PTPTN sedia untuk membantu peminjam dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik melalui kempen ini.
Justeru, semua peminjam jangan lepaskan peluang ini untuk memastikan masa hadapan anda yang lebih cerah tanpa membebankan dengan tunggakan PTPTN anda!
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan dengan rundingan sama ada pertukaran Ujrah / Penggabungan / Penjadualan atau Penstrukturan Semula Pinjaman atau berkaitan dengan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 ini, sila rujuk saluran-saluran berikut:
- Pusat Panggilan (Careline) di Talian 03 – 2193 3000
- Live Chat di Portal PTPTN
- Eksekutif Jualan
- e-Aduan PTPTN
- Media Sosial Rasmi @PTPTNOfficial
Selain itu, semua peminjam juga boleh rujuk Soalan-Soalan Lazim yang telah disediakan oleh PTPTN berkaitan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 dan Rundingan Bayaran Balik seperti berikut:
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!