Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Childfree: Maksud & Hukum Menurut Perspektif Islam

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan isu terbaharu iaitu mengenai trend “childfree” oleh ramai pasangan muda yang baru berkahwin.

Perkara tersebut pasti telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat lantaran kesannya yang dilihat dalam jangka masa panjang yang akan mengubah struktur sosial setempat malah turut memberi impak secara global.

Isi Kandungan

Apa Itu Childfree?

Childfree ialah kebebasan dan pilihan individu atau pasangan untuk tidak memiliki anak dan persetujuan ini berlaku sama ada sebelum atau semasa perkahwinan.

Ketiadaan anak secara sukarela atau kebebasan kanak-kanak menggambarkan pilihan aktif untuk tidak mempunyai anak.

Penggunaan perkataan “childfree” pertama kali direkodkan pada tahun 1901 dan memasuki penggunaan biasa di kalangan feminis pada tahun 1970-an.

Istilah ini awalnya digunakan pada tahun 1972 oleh National Non-Parental Organization. Pada pertengahan abad ke 20, semakin ramai dalam kalangan lelaki dan wanita di negara-negara Eropah memilih kehidupan tanpa keturunan.

Childfree: Maksud & Hukum Menurut Perspektif Islam 1

Sebahagian menyatakan istilah “childless” berbeza dengan “childfree” yang membawa maksud individu atau pasangan yang ingin memiliki anak namun tidak dikurniakan anak atas sebab biologi dan sebagainya.

Childfree: Maksud & Hukum Menurut Perspektif Islam 2

Faktor Trend Childfree

Pendorong trend ini di dalam masyarakat kini sehingga membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya adalah:

  • Faktor ekonomi.
  • Faktor emosi.
  • Faktor ketidaksediaan memikul tanggungjawab menjaga dan mendidik anak.
  • Faktor sosial, demografi dan populasi.
  • Faktor pembangunan diri dan kerjaya.
  • Faktor kesibukan bekerja.
  • Faktor kebebasan hidup tanpa ada komitmen anak.

Tujuan Utama Perkahwinan

Berikut adalah beberapa tujuan utama sesebuah perkahwinan menurut Islam, iaitu:

Berkahwin Untuk Ibadah

Perkahwinan itu adalah menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama. Jadi, niatkanlah perkahwinan untuk menjalankan ibadah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, sungguh demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku juga tidur dan aku juga mengahwini perempuan. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku.”

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

Berkahwin Untuk Memenuhi Fitrah Kemanusiaan

Islam sangat menganjurkan bagi mereka yang telah mampu untuk berkahwin, supaya segera bernikah kerana bernikah memenuhi fitrah kemanusiaan.

Jika naluri dalam diri tidak dipenuhi melalui jalan yang benar (iaitu perkahwinan), dikhuatiri akan membawa seseorang itu ke jalan yang sesat dan kecenderungan untuk melakukan perbuatan yang Allah SWT larang seperti berzina, merogol dan meliwat.

Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Wahai para pemuda ! Barang siapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), karena shaum itu dapat membentengi dirinya.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud, dan Baihaqi

Berkahwin Untuk Memelihara Martabat Manusia

Seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih di atas, berkahwin membantu menghindarkan seseorang daripada perbuatan keji dan kotor yang dapat menurunkan atau merendahkan martabat seseorang.

Justeru, ikatan perkahwinan adalah sebagai benteng kehormatan seseorang seterusnya memelihara martabat dan maruah dirinya di hadapan Allah SWT dan makhluk yang lain.

Berkahwin Untuk Mendapatkan Keturunan

Dalam Al-Quran, Allah SWT telah berfirman, maksudnya:

“Dan Allah menjadikan bagimu pasangan (suami atau isteri) dari jenis kamu sendiri dan menjadikan anak dan cucu bagimu dari pasanganmu, serta memberimu rezeki dari yang baik. Mengapa mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah?”

Surah An-Nahl: 72

Bermula dari memilih pasangan yang soleh dan solehah dan diharapkan zuriat yang lahir juga beriman, berakhlak dan ihsan sesama makhluk.

Betapa pentingnya membentuk generasi yang beriman dan berkualiti supaya syariat Islam dapat ditegakkan.

Berkahwin Untuk Hubungan Silaturrahim Kekeluargaan

Selain itu, berkahwin bukan sekadar itu sahaja. Tidak mungkin selepas berkahwin kita hanya berhadapan dengan pasangan kita seorang.

Pasti kita akan berkenalan dengan keluarganya, saudaranya sehingga ke sepupu-sepupu yang masih memiliki hubungan darah dengan pasangan kita.

Jadi, sekadar ingatan bernikahlah bukan hanya menyatukan dua karakter pasangan yang berbeza tetapi juga menyatukan karakter, budaya, adat dan pemikiran bagi kedua-dua keluarga.

Hukum Pasangan Memilih Childfree

Secara asasnya, perkahwinan dan memiliki anak atau keturunan adalah suatu fitrah dan memiliki tujuan tersendiri dalam syariat Islam.

Islam juga tidak mewajibkan pasangan memiliki anak dan juga tidak melarang untuk tidak memiliki anak.

Berdasarkan penelitian, pada dasarnya persetujuan antara suami isteri untuk tidak memiliki anak atau “childfree” adalah diharuskan sekiranya terdapat kemaslahatan khusus buat pasangan tersebut.

Pilihan ini mestilah mendapat persetujuan bersama kerana memiliki anak merupakan hak bagi setiap individu yang berpasangan.

Hukum pasangan memilih untuk tidak mempunyai anak atau “childfree” ini adalah mengikut pertimbangan pada sebab dan keadaan seperti berikut:

HukumPenerangan
HarusJika pasangan bersetuju untuk tidak memiliki anak atas sebarang sebab yang diambil kira oleh syarak lebih-lebih lagi jika terdapat kemudaratan dan keuzuran seperti menyebabkan kematian, menyebabkan keadaan penyakit bertambah teruk dan sebagainya, maka hukumnya adalah harus dengan syarat kaedah pencegah kehamilan tidak mendatangkan mudarat dan bertepatan dengan syarak.
MakruhJika pasangan bersetuju untuk tidak memiliki anak tanpa sebarang sebab yang diambil kira oleh syarak seperti keinginan untuk bebas daripada sebarang tanggungjawab, maka perbuatan tersebut adalah makruh.
Malahan, bagi golongan yang mengambil keputusan tersebut kerana terpengaruh dengan kefahaman “childfree”, sehingga menjadikannya sebagai gaya hidup terbaik yang bebas daripada sebarang tanggungjawab dan juga sebagai prinsip hidup yang menafikan fitrah manusia, maka ia merupakan satu fahaman dan budaya yang bertentangan dengan tujuan utama perkahwinan bahkan tidak bertepatan dengan Sunnah Rasulullah SAW untuk meramaikan umat Islam yang berkualiti.
HaramPasangan yang memilih untuk tidak mempunyai zuriat selama-lamanya bahkan melakukan apa sahaja cara termasuk prosedur perubatan bagi menghilangkan kemampuan reproduksi (pemandulan kekal) dan menggugurkan kandungan tanpa pengesahan doktor perubatan dan sebab-sebab yang dibolehkan oleh syarak, maka perbuatan tersebut adalah haram.
Sumber Rasmi: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sebagai seorang muslim, adalah lebih baik kita membina sebuah perkahwinan yang berlandaskan Al-Quran dan syariat Islam kerana tujuan perkahwinan yang dipelihara pada awalnya akan membawa kepada pembentukan keluarga sakinah, mawaddah, warrahmah dan seterusnya dari situ akan membuka pula pintu-pintu rahmat serta pelbagai lagi rezeki yang lebih besar untuk kita dan keluarga.

Childfree: Maksud & Hukum Menurut Perspektif Islam 3

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More