Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Besar-Besaran Jawatan Kosong JKM Tahun 2024

Jawatan Kosong JKM bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong JKM 2024

Maklumat Jawatan Kosong JKM bagi tahun 2024 yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanLokasi PenempatanGajiKemudahanTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41Kontrak (Contract Of Service)Jabatan Kebajikan Masyarakat (Seluruh Negara)RM 2,078.00Elaun, Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & PERKESO8 Julai 2024
Pegawai Tadbir Gred N41Kontrak (Contract Of Service)Jabatan Kebajikan Masyarakat (Putrajaya)RM 2,080.00Elaun, Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & PERKESO8 Julai 2024
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41Kontrak (Contract Of Service)Jabatan Kebajikan Masyarakat (Putrajaya)RM 2,188.00Elaun, Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & PERKESO8 Julai 2024
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29Kontrak (Contract Of Service)Jabatan Kebajikan Masyarakat (Putrajaya)RM 1,493.00Elaun, Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & PERKESO8 Julai 2024
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29Kontrak (Contract Of Service)Jabatan Kebajikan Masyarakat (Putrajaya)RM 1,549.00Elaun, Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & PERKESO8 Julai 2024
Penolong Akauntan Gred W29Kontrak (Contract Of Service)Jabatan Kebajikan Masyarakat (Putrajaya)RM 1,510.92Elaun, Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & PERKESO8 Julai 2024
Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19Kontrak (Contract Of Service)Jabatan Kebajikan Masyarakat (Putrajaya)RM 1,353.00Elaun, Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & PERKESO8 Julai 2024
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19Kontrak (Contract Of Service)Jabatan Kebajikan Masyarakat (Putrajaya)RM 1,352.00Elaun, Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & PERKESO8 Julai 2024
Pemandu Kenderaan Gred H11Kontrak (Contract Of Service)Jabatan Kebajikan Masyarakat (Seluruh Negara)RM 1,264.15Elaun, Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & PERKESO8 Julai 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong JKM 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Besar-Besaran Jawatan Kosong JKM Tahun 2024 1

Jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Calon lantikan Jawatan Kosong JKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jawatan Pegawai Tadbir Gred N41

Calon lantikan Jawatan Kosong JKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Calon lantikan Jawatan Kosong JKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Calon lantikan Jawatan Kosong JKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia / Sijil Tinggi Agama Malaysia / Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia / Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29

Calon lantikan Jawatan Kosong JKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Sijil / Diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jawatan Penolong Akauntan Gred W29

Calon lantikan Jawatan Kosong JKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Sijil Politeknik / Kelayakan Ikhtisas Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan / Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan / Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19

Calon lantikan Jawatan Kosong JKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) / Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan / Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) / SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19

Calon lantikan Jawatan Kosong JKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11

Calon lantikan Jawatan Kosong JKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Memiliki lesen memandu Kelas D / E / E1 / E2 / F / G / H / I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh Percubaan (P)].
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 8 Julai 2024, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Besar-Besaran Jawatan Kosong JKM Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong JKM 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong JKM 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More