Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BINGKAS 2024: Cara Permohonan, Semakan Kelayakan & Bayaran

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai bantuan Bingkas 2024 yang telah bermula pada 1 Julai 2024.

Isi Kandungan

Apa Itu BINGKAS?

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga pasca-pandemik dan meluaskan manfaat kepada 30,000 keluarga dengan RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.

BINGKAS bertujuan untuk

  • meningkatkan kestabilan kewangan,
  • mengurangkan cabaran ekonomi, dan
  • memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.

Program BINGKAS ini dirangkakan khas untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga bagi penduduk Selangor.

BINGKAS 2024: Cara Permohonan, Semakan Kelayakan & Bayaran 1

Apakah Manfaat Program BINGKAS?

Manfaat-manfaat bagi program ini adalah seperti berikut:

  • e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian adalah secara tanpa tunai (cashless) melalui e-Wallet BINGKAS.
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas adalah sebanyak RM300.
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak akan dibawa ke bulan hadapan.
  • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
BINGKAS 2024: Cara Permohonan, Semakan Kelayakan & Bayaran 2

Apakah Barangan Yang Tersenarai Dalam Program BINGKAS 2024?

Hanya barang keperluan asas yang tersenarai di bawah sahaja telah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS 2024 ini, iaitu:

Barangan Keperluan1. Beras
2. Mi dan Bihun
3. Roti
4. Biskut
5. Telur
6. Gula dan Garam
7. Rempah Ratus, Sos, Kicap dan sebagainya
8. Tepung
9. Minyak Masak
10. Ubat-Ubatan
11. Sayuran dan Buah-Buahan
12. Daging Ayam, Daging Lembu, Daging Kambing dan Ikan
13. Sabun, Kelengkapan Mandian dan Bahan Pencuci
14. Lampin Pakai Buang (Lampin Bayi / Dewasa)
Produk Tenusu1. Susu Segar
2. Susu Tepung
3. Susu Sejat
4. Susu Pekat Manis
Barangan Persekolahan1. Kasut
2. Beg
3. Buku
4. Alat Tulis
5. Pakaian Seragam
Perihal PendidikanBuku Sekolah / Akademik
BINGKAS 2024

Syarat Kelayakan Permohonan Bingkas 2024

Bermula 1 Julai 2024, syarat-syarat kelayakan permohonan BINGKAS adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemilih berdaftar di Selangor.
  3. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  4. Pendapatan bulanan isi rumah adalah dibawah RM 5,000.00.
  5. Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.

Cara Membuat Permohonan & Semakan Status Permohonan Bingkas 2024

Permohonan dan semakan status penerima yang layak boleh dibuat pada pautan berikut:

>>>Permohonan & Semakan Status BINGKAS 2024<<<

Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk dilampirkan bersama-sama permohonan, iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan / atau Pasangan).
  2. Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Tanggungan).
  3. Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk Bapa / Ibu Tunggal).
  4. Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk Penjawat Awam / Pesara).
  5. Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk Pekerja Swasta).
  6. Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja).

    Cara Membuat Pembelian

    BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

    Mulai 1 Julai 2024, Selangkah Wallet akan menjadi medium transaksi bagi Program BINGKAS.

    Justeru, semua urusniaga pembelian bagi Program BINGKAS 2024 ini sepenuhnya akan menggunakan kaedah pembelian secara tanpa tunai (cashless) melalui Selangkah Wallett tersebut.

    BINGKAS 2024: Cara Permohonan, Semakan Kelayakan & Bayaran 3

    Untuk membuat pembelian, sila rujuk langkah-langkah berikut:

    Langkah 1Penerima boleh mengunjungi mana-mana panel kedai Program BINGKAS 2024. Sila Rujuk Senarai Panel Kedai dahulu sebelum membuat pembelian.
    Langkah 2Penerima boleh memilih barangan yang ingin dibeli.
    Langkah 3Juruwang akan mengimbas ID Penerima di aplikasi Selangkah Wallet untuk pengesahan.
    Langkah 4Juruwang akan melakukan saringan untuk barangan yang tersenarai di bawah Program BINGKAS 2024.
    Langkah 5Kod QR terpapar pada skrin dan juruwang akan mengimbas kod QR tersebut untuk menerima bayaran.
    Langkah 6Penerima memasukkan nombor PIN 6-digit untuk pengesahan.
    Langkah 7Pengguna akan mengetik pada butang BAYAR.
    Langkah 8Penerima memastikan baki akaun BINGKAS adalah mencukupi.
    BINGKAS 2024

    Maklumat Lanjut

    Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan BINGKAS 2024 ini, sila hubungi saluran-saluran hotline berikut:

    ATAU pemohon boleh terus rujuk ke Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN masing-masing.

    Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

    Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

    This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More