Aplikasi Selangkah Wallet: 10 Langkah Mudah Aktifkan Akaun
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Aplikasi Selangkah Wallet yang kini pasti sedang dicari-cari oleh semua penerima bantuan e-Wallet RM300 sebulan.
Isi Kandungan
Apa Itu Selangkah?
Bagi memperkukuh kesiapsiagaan entiti perniagaan dan melengkapi ikhtiar Penjejakan Kontak (Contact Tracing) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Kerajaan Negeri telah memperkenalkan inisiatif SELangkah, dimana ia adalah sistem pendaftaran keluar-masuk di Premis-Premis Kerajaan, Perniagaan dan Individu.
Konsep inisiatif SELangkah adalah “Langkah Masuk Dengan Selamat” dan ia adalah untuk mengautomasikan pendaftaran individu yang memasuki sesuatu premis, dengan mudah dan pantas.
Inisiatif ini mempunyai tiga (3) objektif, iaitu:
- Melindungi premis perniagaan.
- Melindungi pelanggan.
- Membantu pasukan baris hadapan.
Seperti yang kita tahu, mulai 1 Julai 2024 permohonan dan semakan kelayakan untuk Program BINGKAS 2024 telah dibuka dan penerima-penerima yang layak boleh mula menikmati bantuan e-Wallet RM300 yang akan dikreditkan ke dalam akaun Selangkah Wallet Selangor masing-masing.
Justeru, Aplikasi ini sangatlah penting bagi semua penerima bagi memudahkan pembelian dan perbelanjaan mereka.
Oleh itu, berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut mengenai Aplikasi ini.
Alami Aplikasi Ini Sekarang!
Aplikasi Selangkah Wallet ini kini tersedia dan boleh didapati dengan hanya ketik pada pautan berikut:
>>>Muat Turun Aplikasi Selangkah Wallet Menggunakan Google Play Store<<<
ATAU
>>>Muat Turun Aplikasi Selangkah Wallet Menggunakan Apple App Store<<<
Anda boleh muat turun Aplikasi ini daripada Google Play Store atau Apple App Store.
Cara Mengaktifkan Aplikasi Selangkah Wallet
Pengguna baharu boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk mengaktifkan Aplikasi Selangkah Wallet anda:
Langkah 1 | Pergi ke Halaman Utama Aplikasi Selangkah. |
Langkah 2 | Sahkan nombor telefon anda dengan OTP dan isi Butiran Peribadi anda. |
Langkah 3 | Pilih Jenis Dokumen anda berdasarkan Kewarganegaraan anda. |
Langkah 4 | Sediakan Dokumen ID anda untuk diimbas. |
Langkah 5 | Imbas bahagian Hadapan ID. Ikut arahan Aplikasi dan elakkan silau. Ulangi proses dengan Bahagian Belakang ID anda. |
Langkah 6 | Sahkan semua butiran anda dalam Aplikasi. Setelah disahkan, ketik ‘Serah ID’. |
Langkah 7 | Anda akan memulakan Pengesahan Muka tidak lama lagi. |
Langkah 8 | Ketik ‘Mulakan Rakaman’ dan rakam video pendek selama 3 saat. |
Langkah 9 | Setelah selesai, serahkan video. Anda perlu menunggu sebentar untuk pengesahan. |
Langkah 10 | Anda boleh menyemak status pengesahan anda di halaman utama. |
PROSES eKYC ANDA SUDAH LENGKAP! Anda kini boleh menikmati:
- Saiz dompet yang lebih besar.
- Akaun dan transaksi selamat.
- Manfaat dan faedah tambahan.
Jika anda tidak memahami langkah-langkah diatas, anda juga boleh merujuk Video Tutorial untuk mengaktifkan Aplikasi tersebut.
Selain itu, bagi penduduk negeri Selangor yang ingin memohon dan menyemak kelayakan Program BINGKAS 2024, anda boleh buat DISINI.
Dengan adanya Aplikasi ini, ia akan memudahkan semua penerima bantuan RM300 sebulan ini kerana cara pembelian melalui Program BINGKAS 2024 ini adalah menggunakan Aplikasi Selangkah Wallet ini dengan cara seperti ketetapan infografik berikut:
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!