Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Tahun 2024

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Klang 2024

Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Klang bagi tahun 2024 yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Penolong Pegawai Tadbir (Teknologi Maklumat) Gred N29KontrakRM 1,493.00 – RM 5,672.0012 Julai 2024
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19KontrakRM 1,352.00 – RM 4,003.0012 Julai 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Klang ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Tahun 2024 1

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Teknologi Maklumat) Gred N29

Calon lantikan Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Klang ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan / pengalaman di dalam bidang kemahiran pembangunan sistem menggunakan PHP, Laravel framework, HTML, CSS, MySQL, Java, JavaScript, Bootstrap dan lain-lain aplikasi selain daripada aplikasi yang dinyatakan bagi tujuan pembangunan dan kemudahan operasi teknologi maklumat.
  • Berkemahiran dalam pembangunan Mobile Apps untuk Android dan iOS menggunakan Flutter atau lain-lain aplikasi yang terkini dan pembangunan laman web menggunakan Joomla.
  • Boleh menggunakan perisian penyuntingan gambar dan video, pemprosesan imej serta lain-lain perisian grafik.
  • Boleh melakukan kerja-kerja penyediaan dokumen dan kerja-kerja pejabat serta lain-lain kemahiran yang berkaitan.

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19

Calon lantikan Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Klang ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dan berkemahiran dalam pemfailan, pengurusan pejabat dan memproses aduan.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong LPK sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 12 Julai 2024 (Jumaat).

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan berikut:

  • Ijazah atau Diploma,
  • Sijil-sijil Persekolahan,
  • Kad Pengenalan,
  • Sijil Kelahiran, dan
  • Lain-lain kelayakan yang berkaitan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada alamat berikut:

Pengurus Besar,
Lembaga Pelabuhan Kelang,
Beg Berkunci 202,
Jalan Pelabuhan Utara,
42005 Pelabuhan Klang.
[u.p. Pengurus Kanan (Sumber Manusia)]

Sila catitkan nama jawatan yang dipohon di tepi atas (kiri) sampul surat permohonan.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Klang ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Klang yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More