Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 2024

Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam 2024

Maklumat Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam bagi tahun 2024 yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPembantu Pertahanan Awam Gred KP19
Taraf JawatanCalon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun dan pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
Lokasi PenempatanAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (Semenanjung, Sabah Dan Sarawak)
Jumlah Kekosongan58
Semenanjung: 32
Sabah: 12
Sarawak: 14
Jumlah Simpanan200
Semenanjung: 150
Sabah: 25
Sarawak: 25
Tarikh Tutup Permohonan10 Julai 2024 (Rabu)
Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 2024 1

Jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

Calon lantikan Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan KP19: RM1,360.00); atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji Permulaan KP19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan KP19: RM1,416.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan KP19: RM1,472.80); dan
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
  2. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja).
  5. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
  • Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 2 adalah dalam bidang Operasi Perkhidmatan Sekuriti.
  • Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 3 adalah dalam bidang Penyeliaan Keselamatan Akuatik dan Penyelamatan atau Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti.
  • Keutamaan diberikan kepada calon anak negeri Sabah dan Sarawak bagi urusan Sabah dan Sarawak.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 10 Julai 2024, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga terdekat dikemas kini sebelum atau pada tarikh tutup iklan.

Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More