Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BAKIPT: Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi 2024

Berikut dikongsikan mengenai sebuah bantuan awal pengajian tinggi yang kini sedang dibuka, iaitu BAKIPT 2024.

Isi Kandungan

Permohonan BAKIPT Sesi Pengajian 2024

Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (BAKIPT) adalah sebuah bantuan awal pengajian IPT secara one-off kepada semua rakyat negeri Kedah Darul Aman bagi meringankan bebanan pelajar yang baru sahaja ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Jumlah sumbangan atau bantuan awal IPT ini adalah RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) dan bayaran bantuan ini akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN / Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.

Kaedah bayaran bantuan akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN / Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.

Sila hubungi Pusat Khidmat DUN / Penyelaras DUN Kawasan bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan. 

BAKIPT: Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi 2024 1

Tarikh Permohonan

Pelajar yang layak boleh membuat permohonan mengikut tempoh permohonan yang telah ditentukan seperti berikut:

Semester Pertama Kemasukan Baharu
Januari 2024 – Jun 2024
1 Mac 2024 – 30 Jun 2024
Semester Pertama Kemasukan Baharu 
Julai 2024 – November 2024
1 Julai 2024 – 31 Oktober 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan permohonan BAKIPT 2024 adalah seperti berikut:

  • Pemohon / Ibu / Bapa LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT).
  • Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang MySPRSemak sebelum membuat permohonan.
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,970.00 (Pendapatan maksimum isi rumah M40) layak memohon BAKIPT tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.
  • Permohonan dibuka bagi peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Matrikulasi KPM / Asasi / Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti / Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa bagi Semester Pertama Kemasukan Baharu Tahun 2024 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Sekolah / IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency).
  • Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT.
  • Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
  • Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK untuk memohon, iaitu:
 Pelajar Pasca-Siswazah
 Pelajar Separuh Masa
 Pelajar Luar Kampus
 Pelajar di Institusi Perguruan (IPG)
 Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
 Sijil SELAIN Politeknik dan Kolej Komuniti

Cara Membuat Permohonan

Permohonan BAKIPT 2024 kini dibuka bermula 1 Julai 2024 sehingga 31 Oktober 2024 dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) pada portal iBAKIPT melalui pautan berikut:

>>>Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi Sesi Pengajian 2024<<<

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak.

iBAKIPT adalah sebuah Sistem Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna membuat permohonan secara online untuk memohon bantuan awal kemasukan pelajar ke IPT.

BAKIPT: Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi 2024 2

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang WAJIB dimuat naik di dalam bentuk PDF / JPEG / JPG / PNG yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / ADUN adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa.
  2. Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu / Bapa / Penjaga (BPPSPPNK/07).
  3. Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Sekolah / IPT.
  4. Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT.
  5. Salinan Akaun Bank / Penyata Bank pemohon.
  6. Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman (BPPSPPNK/09). (Bagi Pemohon, Ibu dan Bapa yang LAHIR di kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan BAKIPT 2024 ini, sila rujuk portal rasmi Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (BAKIPT).

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More