Skim Peduli Sihat Penjawat Awam Sehingga RM10,000 Setahun
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Skim Peduli Sihat untuk Penjawat Awam Kerajaan.
Isi Kandungan
Mengenai Skim Peduli Sihat Penjawat Awam
Skim Peduli Sihat Penjawat Awam (PSPA) membolehkan Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor Gred 44 dan ke bawah untuk menerima rawatan kesihatan dan perubatan daripada hospital panel (hospital swasta).
Kos rawatan kesihatan dan perubatan tersebut akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga RM 10,000 setahun seorang.
Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM 3 juta bagi membiayai Skim PSPA yang bakal memberi manfaat kepada 10,000 Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor.
Kelebihan & Manfaat Skim PSPA
Antara kelebihan-kelebihan Skim Peduli Sihat Penjawat Awam ini adalah seperti berikut:
- Pengecualian polisi “pre-existing condition”.
- Pengecualian polisi “specified illnesses”.
- Pengecualian polisi “waiting period”.
- Pengecualian polisi “co-payment”.
Ahli Skim PSPA juga akan menerima manfaat pembiayaan rawatan kesihatan dan perubatan seperti berikut:
Had Rawatan Kesihatan Dan Perubatan Setahun | RM 10,000 |
Faedah Kematian Akibat Kemalangan / Semulajadi | RM 10,000 |
Faedah Kecacatan Kekal Menyeluruh | RM 10,000 |
Berikut pula adalah manfaat-manfaat yang akan di cover oleh SELCARE di bawah Skim Peduli Sihat Penjawat Awam, iaitu:
Manfaat | SELCARE |
---|---|
Bilik Hospital & Makan (sehingga 120 hari) | Menurut caj konsisten dengan caj bilik hospital dan makan sehingga RM 120 sehari. |
Unit Rawatan Rapi (RM500 sehingga 20 hari) | Menurut caj konsisten dengan caj bilik hospital dan makan sehingga RM 120 sehari. |
Bekalan & Perkhidmatan Hospital (seperti bil) | Menurut caj konsisten dengan caj bilik hospital dan makan sehingga RM 120 sehari. |
Dewan Bedah | Menurut caj konsisten dengan caj bilik hospital dan makan sehingga RM 120 sehari. |
Fi Pembedahan | Menurut caj konsisten dengan caj bilik hospital dan makan sehingga RM 120 sehari. |
Fi Bius | Menurut caj konsisten dengan caj bilik hospital dan makan sehingga RM 120 sehari. |
Lawatan Doktor Hospital (2 lawatan sehingga 120 hari) | Menurut caj konsisten dengan caj bilik hospital dan makan sehingga RM 120 sehari. |
Konsultasi Pakar Pra-Pembedahan (sehingga 60 hari) | Menurut caj konsisten dengan caj bilik hospital dan makan sehingga RM 120 sehari. |
Perkhidmatan Diagnostik Pra-Pembedahan (sehingga 60 hari) | Menurut caj konsisten dengan caj bilik hospital dan makan sehingga RM 120 sehari. |
Pendapat Kedua Doktor Pakar | Menurut caj konsisten dengan caj bilik hospital dan makan sehingga RM 120 sehari. |
Rawatan Pasca-Hospitalisasi (sehingga 60 hari selepas discaj) | Menurut caj konsisten dengan caj bilik hospital dan makan sehingga RM 120 sehari. |
Prosedur Rawatan Harian | Menurut caj konsisten dengan caj bilik hospital dan makan sehingga RM 120 sehari. |
Fi Ambulans / Laporan Perubatan | Menurut caj konsisten dengan caj bilik hospital dan makan sehingga RM 120 sehari. |
Pembayaran Balik Cukai GST | 6% |
Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan (sehingga 60 hari rawatan susulan) | Seperti Bil. |
Rawatan Pergigian Akibat Kemalangan (sehingga 14 hari rawatan susulan) | Seperti Bil. |
Semua manfaat-manfaat di atas adalah tertakluk kepada RM 10,000 had tahunan untuk Had Rawatan Kesihatan Dan Perubatan Setahun.
Nota: Ahli Skim PSPA akan menanggung sendiri lebihan caj sekiranya telah melebihi had tahunan seperti yang tertera di atas. SELCARE tidak akan menanggung sebarang tuntutan bayaran oleh Ahli Skim PSPA yang telah melebihi had tahunan.
Kriteria Kelayakan Skim PSPA
Kriteria yang telah ditetapkan bagi Skim PSPA adalah seperti berikut:
- Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor Gred 44 dan ke bawah.
- Berumur 60 tahun ke bawah.
Cara Pelaksanaan Skim PSPA
Berikut adalah langkah-langkah mudah pelaksanaan atau cara untuk Ahli menggunakan Skim PSPA, iaitu:
Nota: Ahli perlu menanggung sendiri lebihan caj sekiranya telah melebihi had tahunan.
Pengecualian Polisi Skim PSPA
Berikut adalah senarai pengecualian polisi untuk menggunakan Skim PSPA, iaitu:
- Akibat penerbangan udara.
- Kecacatan, kemalangan atau penyakit akibat khidmat tentera darat, laut dan udara.
- Kecacatan akibat genetik atau keturunan.
- Akibat parsitipasi dalam demonstrasi, rusuhan atau keganasan awam.
- Akibat radiasi atau pencemaran radioaktif dari bahan bakar / bahan buangan nuklear.
- Akibat bunuh diri atau kemalangan yang disengajakan.
- Akibat salah guna alkohol dan ketagihan ubatan / kimia.
- Akibat rawatan dental atau pembedahan mulut.
- Pemeriksaan rutin mata dan telinga.
- Penyakit berkaitan HIV / AIDS.
- Pembedahan plastik / kosmetik.
- Kos bukan medikal seperti televisyen, telefon dan lain-lain.
- Pemeriksaan rutin medikal atau fizikal, terapi fizikal pesakit luar.
- Mengandung, keguguran dan insiden berkaitan.
- Penyakit psikotik, mental dan sebagainya.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan Skim Peduli Sihat Penjawat Awam ini, sila rujuk portal rasmi Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam (ISSPA).
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!