Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong PTPK Tahun 2024

Jawatan Kosong PTPK bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong PTPK 2024

Maklumat Jawatan Kosong PTPK bagi tahun 2024 yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganLokasi PenempatanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Pegawai SyariahContract For Service1Perbadanan Tabung Pembangunan KemahiranRM 6,267.0015 Julai 2024
Pegawai Transformasi DigitalContract For Service13Perbadanan Tabung Pembangunan KemahiranRM 3,215.0015 Julai 2024
Penolong Juruaudit Gred W32Tetap1Perbadanan Tabung Pembangunan KemahiranRM 2,848.00 – RM 6,259.0015 Julai 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong PTPK bagi tahun 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong PTPK Tahun 2024 1

Jawatan Pegawai Syariah

Calon lantikan Jawatan Kosong PTPK ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mempunyai pengalaman bekerja dan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam pengurusan pinjaman kewangan Islam.
  • Mempunyai pengalaman bekerja dan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam memberi nasihat perundangan syariah terutamanya isu-isu semasa yang melibatkan pinjaman kewangan Islam.
  • Mempunyai pengalaman bekerja dan kemahiran sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam menguruskan dana khas Kerajaan yang melibatkan pinjaman kewangan Islam.
  • Bebas daripada rekod jenayah atau tindakan undang-undang.
  • Bebas daripada disenaraikan hitam oleh institusi kewangan atau sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi pinjaman pendidikan.

Jawatan Pegawai Transformasi Digital

Calon lantikan Jawatan Kosong PTPK ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan (perisian dan pengaturcaraan sistem) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurang dua (2) tahun sebagai Full Stack Developer dalam mengendalikan bahasa pengaturcaraan komputer dan keutamaan diberikan kepada Bootstrap (HTML, CSS, JS), Oracle Application Express (20.1) atau mana-mana yang berkaitan; atau
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurang dua (2) tahun dalam mengendalikan perisian untuk melakukan prototyping seperti Figma / InVision / XD atau mana-mana perisian yang berkaitan; atau
  • Mempunyai kemahiran sekurang-kurang dua (2) tahun di dalam mengendalikan rekabentuk maklumat secara interaktif berdasarkan kepada rekabentuk proses sistem sedia ada dan mempunyai pengetahuan mengenai pengalaman penggunaan sistem oleh penguna (user experience) daripada segi corak, prinsip dan teknik; dan
  • Mempunyai kemahiran sekurang-kurang dua (2) tahun di dalam mengendalikan pembangunan mobile application samada Android / iOS Developer melalui penggunaan perisian Android Studio, Ionic; dan
  • Bebas daripada rekod jenayah atau tindakan undang-undang; dan
  • Bebas daripada disenaraikan hitam oleh institusi kewangan atau sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi pinjaman pendidikan.

Jawatan Penolong Juruaudit Gred W32

Calon lantikan Jawatan Kosong PTPK ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
  • Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lapan (8) tahun dalam menjalankan pengauditan secara profesional, menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
  • Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi pinjaman pendidikan.
  • Bebas daripada kesalahan jenayah atau tindakan undang-undang.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan melalui pautan atau QR Code pada IKLAN PENUH PERMOHONAN sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 15 Julai 2024 (Isnin).

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong PTPK Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong PTPK ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong PTPK yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More