5 Cili Terpedas di Dunia, Kalau Berani Cubalah Memang Awesome!
Cili dipercayai berasal daripada Mexico dan Amerika Selatan. Ia merupakan sejenis sayuran berbuah yang ditanam secara meluas di serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika. Di Malaysia, kebanyakan cili ditanam di kawasan tanah rendah.
Isi Kandungan
Cili oh Cili
Cili menjadi salah satu makanan tambahan yang menjadi keperluan dan kesukaan mereka yang mengemari masakan pedas.
1. Carolina Reaper (SHU: 2.2 juta)
Merangkul gelaran cili terpedas di dunia dengan bacaan SHU 2.2 juta.
Kepedasan Carolina Reaper adalah 200 kali lebih pedas dari cili Jalapeno kerana ia merupakan percampuran di antara Ghost Pepper dan Red Habanero.
Ia mempunyai bentuk yang unik iaitu seperti ekor berbisa, sememangnya mengambarkan kepedasannya di tahap maksima.
2. Trinidad Moruga Scorpion (SHU: 2.009 juta)
Di tempat kedua diduduki oleh Trinidad Moruga Scorpion dengan bacaan SHU 2.009.231 juta. Hampir menyerupai kepedasan Carolina Reaper.
Ia baru dijumpai di Moruga.
3. 7 Pot Douglah (SHU: 1.854 juta)
7 Pot Douglah turut dikenali sebagai 7 Pod Douglah, Chocolate 7 Pod dan 7 Pot Brown. Ia mempunyai bacaan SHU 1,853,936.
Cili ini mampu memperdayakan anda dengan warna coklat gelapnya yang kelihatan seperti tidak pedas.
4. 7 Pot Primo (SHU: 1.469 juta)
7 Pot Primo dicipta oleh seorang ahli hortikultur iaitu Troy Primeaux. Mempunyai rupa yang hampir sama dengan Carolina Reaper, cili ini tidak kurang juga tahap kepedasannya iaitu SHU 1,469 juta.
Ia mempunyai ciri ekor yang ‘kurus’ dan panjang.
5. Trinidad Scorpion ‘Butch T’ (SHU: 1.464 juta)
Trinidad Scorpion ‘Butch T’ mempunyai bacaan SHU 1,464 juta berasal dari Australia. Ia dicipta oleh Butch Taylor. Pada tahun 2011, ia pernah memecahkan rekod sebagai cili terpedas di Guinness World Record.
Cili ini dinamakan scorpion kerana mempunyai bentuk duri sengatan seperti kala jengking di bahagian atasnya.
Pengalaman dari individu yang telah mencuba cili ini, kepedasannya seperti tertelan 1,000 matahari kerana rasa pedas sangat berbisa dan menyengat seperti kala jengking.
Walaupun bentuk 5 jenis cili ini hampir sama kesemuanya, ia mempunyai tahap kepedasan yang berbeza. Hanya mereka yang sanggup ambil risiko sahaja yang berani mencubanya. Kepada anda yang berminat untuk mencuba, dinasihatkan berhati-hati, dikhuatiri terdapat kesan sampingan lain dari segi kesihatan.
sumber : pepperscale.com