Sumber Rujukan Globalisasi Anda

4 Doa Keluar Rumah Yang Boleh Diamalkan, Perempuan Wajib Tahu!

Baru-baru ini, Malaysia dihangatkan dengan berita viral lagi dengan kehilangan seorang wanita yang berakhir dengan pembunuhan kejam.

Isi Kandungan

Amalan Sebelum Keluar Rumah

Rumah merupakan tempat tinggal bagi setiap individu bagi dilindungi daripada sebarang perkara bahaya.

Apabila hendak keluar daripada rumah, amalan membaca doa keluar rumah sangatlah penting bagi memastikan kita sentiasa di dalam jagaan Allah SWT dan dapat melindungi diri kita dari perkara yang tidak diingini berlaku ketika berada di luar rumah.

Justeru, artikel kali ini admin ingin kongsikan mengenai amalan-amalan doa keluar rumah yang boleh kita amalkan ketika ingin keluar rumah supaya kita selalu dijaga dan dalam rahmat Allah SWT.

4 Doa Keluar Rumah Yang Boleh Diamalkan, Perempuan Wajib Tahu! 1
4 Doa Keluar Rumah Yang Boleh Diamalkan, Perempuan Wajib Tahu! 2
Kredit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Doa Keluar Rumah

Berikut adalah beberapa amalan atau doa keluar rumah yang disarankan oleh Islam untuk kita semua sebelum keluar daripada rumah.

Membaca Doa Keluar Rumah

Antara doa keluar rumah yang boleh kita hafal dan amalkan adalah seperti berikut:

اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عليَّ

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari aku tersesat atau disesatkan orang lain, dari aku tergelincir atau digelincirkan orang lain, dari aku menzalimi atau dizalimi orang lain, dari kebodohanku atau dibodohkan orang lain.”

Membaca Doa “Bismillahi Tawakkaltu”

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه

Maksudnya: “Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.”

Seterusnya, doa ini juga perlu dibaca ketika hendak keluar rumah kerana dengan doa ini kita memohon untuk perlindungan diri dan keselamatan kepada Allah SWT sewaktu kita diluar kawasan rumah.

Kepentingan membaca doa keluar rumah ini telah diceritakan dalam hadis-hadis seperti berikut:

Ummu Salamah R.A. pernah menyatakan,

ومَا خَرَجَ النَّبِيُّ مِنْ بَيْنِي قَطُّ إِلا رَفَعَ طَرْفَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ اللَّهُمْ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أَضَلَّ أَوْ أَزِلٌ أَوْ أَزَلْ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أَظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيْ

Maksudnya: Setiap kali Rasulullah SAW keluar dari rumahku, beliau selalu memandang ke arah langit dan berdoa, ‘Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kesesatan dan menyesatkan orang lain, dari berbuat dosa atau mengajak orang lain berbuat dosa, dari melakukan kezaliman atau dianiaya orang lain, dari menyakiti atau disakiti oleh orang lain.’

HR Ahmad, at-Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ibnu Majah. Matan dari Abu Dawud

Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW pernah bersabda,

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ قَالَ « يُقَالُ حِينَئِذٍ هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ .

Maksudnya: Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan ‘Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla wa laa quwwata illa billah’, maka dikatakan ketika itu: ‘Engkau akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dilindungi’. Malah, Syaitan juga akan menjauh daripada mu. Syaitan yang lain akan menyatakan: ‘Bagaimana engkau ingin mengganggu seseorang yang telah mendapatkan petunjuk, dicukupkan dan diberikan perlindungan Allah SWT?’

At-Tirmidzi 3348

Justeru, berikut adalah kelebihan jika anda mengamalkan bacaan doa “Bismillahi Tawakkaltu” ketika hendak keluar rumah, iaitu

  • Diberikan petunjuk oleh Allah SWT atas segala urusan kita.
  • Diberikan perlindungan dari Allah SWT sepanjang kita berada di luar kawasan rumah.
  • Diberikan kecukupan dalam semua perkara.
  • Dilindungi daripada godaan dan kejahatan Syaitan.
  • Dilindungi dari segala bahaya, musibah dan bala bencana.

Membaca Surah Yasin, Ayat 9

وَجَعَلْنَا مِنۢ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّۭا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّۭا فَأَغْشَيْنَـٰهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ ٩

Maksudnya: “Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).”

Hukum beramal dengan surah Yasin ayat 9 sebagai pendinding adalah diharuskan, malah ia juga berlandaskan pedoman daripada kisah Baginda Nabi Muhammad SAW ketika awal perjalanan keluar berhijrah.

Begitu juga, amalan membaca ayat Al-Quran sebagai pelindung juga pernah diamalkan oleh para ulama seperti yang diamalkan oleh Imam Al-Qurtubi ketika berperang.

Justeru, amalan surah Yasin ayat 9 ketika hendak keluar juga boleh dijadikan sebagai doa dan zikir untuk mempertahankan diri kita.

Membaca Ayat Kursi

Antara doa keluar rumah yang boleh diamalkan juga adalah membaca ayat kursi.

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ ٢٥٥

Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”

Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar dari rumah atau semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT maka dia akan terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau), penipuan, dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.

Kesimpulan

Apabila hendak keluar daripada rumah, kita sangatlah digalakkan untuk membaca doa keluar rumah kerana itu adalah saranan Islam.

Jadikan kisah tragis yang telah terjadi disekeliling kita sebagai pengajaran dan pedoman untuk kita sentiasa menjadi lebih berhati-hati lagi selepas ini terutamanya apabila hendak keluar rumah.

Selamat beramal dan semoga perkongsian doa keluar rumah ini bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More