Sehingga 3,950 Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia
Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia
Maklumat Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jumlah Simpanan | Lokasi Penempatan | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|
Pegawai Perubatan Gred UD43 | 3,200 | 8,000 | Kementerian Kesihatan Malaysia | 31 Julai 2024 |
Pegawai Farmasi Gred UF41 | 400 | 2,000 | Kementerian Kesihatan Malaysia | 31 Julai 2024 |
Pegawai Pergigian Gred UG41 | 350 | 2,000 | Kementerian Kesihatan Malaysia | 31 Julai 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43
Calon lantikan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia. (Gaji Permulaan Gred UD43: RM3,611.00).
- Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.
- Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
- Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan adalah dalam bidang Perubatan dan Pembedahan atau Perubatan / Medicine.
Jawatan Pegawai Farmasi Gred UF41
Calon lantikan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia. (Gaji Permulaan Gred UF41: RM2,740.00).
- Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
- Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan adalah dalam bidang Farmasi.
Jawatan Pegawai Pergigian Gred UG41
Calon lantikan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah dalam bidang pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia. (Gaji Permulaan Gred UG41: RM2,844.00).
- Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
- Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan adalah dalam bidang Pergigian atau Dental Medicine and Surgery.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 31 Julai 2024, jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43<<<
>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI FARMASI GRED UF41<<<
>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERGIGIAN GRED UG41<<<
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Julai 2024,
- Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Julai 2024,
- Jawatan Kosong Kementerian Sumber Manusia (KSM) 2024,
- Jawatan Kosong Perodua Malaysia 2024,
- Jawatan Kosong MARA 2024
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.