Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Terbuka Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia Tahun 2024

Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Tahukah anda, terdapat jawatan kosong LGM yang dibuka sepanjang tahun dan terbuka untuk membuat permohonan bagi mereka yang layak.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia

Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia yang dibuka sepanjang tahun ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanLokasi PenempatanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19KontrakPelbagai Daerah Di Semenanjung MalaysiaRM 1,352.00 – RM 4,003.00Terbuka
Pemandu Kenderaan Gred H11KontrakPelbagai Daerah Di Semenanjung MalaysiaRM 1,218.00 – RM 2,939.00Terbuka

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Permohonan Terbuka Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia Tahun 2024 1

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19

Calon lantikan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM / SVM.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan salah satu mata pelajaran berkaitan Sains di peringkat SPM / SVM.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir menggunakan aplikasi Microsoft Word, Microsoft Excel dan lain-lain yang berkaitan.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang boleh berkomunikasi dengan baik.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mampu bekerja di bawah tekanan serta pengawasan yang minimum.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki lesen memandu kelas B2 / B dan D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta boleh memandu pacuan empat roda yang bergear manual.

Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11

Calon lantikan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Mempunyai kelulusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P).
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
  • Kepujian Bahasa Melayu di peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR).
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman sebagai pemandu kenderaan di lain-lain jabatan / syarikat.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman memandu pelbagai jenis kenderaan termasuk kenderaan berat dan bergear manual.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman memandu kenderaan di kawasan ladang / kebun getah.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan bagi jawatan yang diinginkan pada pautan berikut:

>>>Borang Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19<<<

>>>Borang Permohonan Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11<<<

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Permohonan Terbuka Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More