Amalan Doa Naik Kenderaan Darat, Laut & Udara
Berikut adalah dikongsikan mengenai doa naik kenderaan bagi semua jenis kenderaan yang kita naiki pada setiap hari yang banyak kelebihan dan faedahnya untuk diamalkan dalam kehidupan seharian oleh setiap umat Islam.
Setidaknya, kita sebagai umat Islam mempunyai tiga jenis doa naik kenderaan yang boleh diamalkan untuk memohon keselamatan ketika menaikinya.
Isi Kandungan
Saranan Membaca Doa Naik Kenderaan
Saranan daripada Rasulullah SAW, ketika menaiki kenderaan, perlulah berbuat demikian:
Semasa Menaiki Kenderaan | Bacalah: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ |
Semasa Berada Di Dalam Kenderaan | Bacalah: ٱلْحَمْدُ لِلَّٰه |
Semasa Kenderaan Sedang Bergerak / Sebelum Kenderaan Bergerak | Bacalah Doa Naik Kenderaan. Kemudian, sebutlah ٱلْحَمْدُ لِلَّٰه dan اللَّهُ أَكْبَر, sebanyak 3 kali. |
Selain itu, supaya tujuan perjalanan kita tertunai, maka bacalah Ayat Kursi juga sebagaimana pesanan Rasulullah SAW kepada Saidina Ali,
يا علي: إذا خرجتَ منْ منزلك تريدُ حاجةً فاقْرَأ آية الكرسي، فَإن حاجتك تقضى إن شاء الله تعالى
Maksudnya: “Wahai Ali, jika kamu keluar dari rumah untuk hajat yang sangat penting maka bacalah ayat Al-Kursi nescaya hajat kamu akan tercapai dengan keizinan Allah SWT.”
Doa Naik Kenderaan (Darat)
Berikut adalah doa menaiki kenderaan yang kebiasaanya diamalkan oleh kita semua daripada Surah Al-Zukhruf, Ayat 13-14, iaitu
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ…
Maksudnya:”…Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelum ini tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah, kami akan kembali.”
Doa Naik Kenderaan (Laut)
Berikut pula adalah doa ketika menaiki kenderaan bagi pengangkutan laut yang boleh kita amalkan:
بِسْمِ اللهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang menjalankan kendaraan ini berlayar dan berlabuh. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Doa Naik Kenderaan (Udara)
Jika kita sedang menaiki kenderaan udara seperti kapal terbang, berikut pula adalah doa yang boleh kita amalkan ketika menaiki kenderaan pengangkutan udara tersebut:
اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِعَنَّابُعْدَهُ اَللّٰهُمَّ اَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِوَالْخَلِيْفَةُفِى الْاَهْلِ
Maksudnya:”Ya Allah, mudahkanlah kami bepergian ini, dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah yang menemani dalam bepergian, dan Engkau pula yang melindungi keluarga.”
Adab Naik Kenderaan
Antara adab-adab yang perlu kita amalkan ketika menaiki sebuah kenderaan adalah seperti berikut:
- Merancang perjalanan.
- Membaca basmalah sebelum memulakan perjalanan.
- Memulakan langkah dengan kaki kanan.
- Membaca doa menaiki kenderaan.
- Berdisiplin dan berhati-hati.
- Hormat-menghormati dan memberikan keutamaan kepada orang yang memerlukan.
- Jika menaiki kenderaan awam, janganlah berebut-rebut dan selalu menjaga kebersihan dan tidak merosakkan kenderaan awam tersebut.
Kita juga boleh mengikuti adab-adab yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika menaiki kenderaan seperti berikut:
- Rasulullah SAW menaiki kenderaan dengan membaca basmalah.
- Rasulullah SAW sentiasa membaca doa menaiki kenderaan dan meminta pertolongan daripada Allah SWT untuk memudahkan perjalanan.
- Rasulullah SAW bertahmid dan bertakbir ketika kenderaan bergerak dan sentiasa melafazkan kedua-duanya sepanjang perjalanan.
- Rasulullah SAW sentiasa memastikan haiwan tunggangan Baginda dalam keadaan sihat, tidak lapar, dahaga dan tidak terlalu penat. Ini bermaksud, kita perlu memastikan kenderaan yang kita naik adalah sentiasa dalam keadaan yang baik dan selamat.
Berikut antara kelebihan dan akibat jika mengamalkan dan tidak mengamalkan adab ketika menaiki kenderaan, iaitu:
Kelebihan Mengamalkan Adab Menaiki Kenderaan | 1. Disayangi oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. 2. Disenangi orang sekeliling. 3. Selamat tiba ke destinasi yang hendak dituju dan melancarkan perjalanan. 4. Menanam rasa prihatin dan toleransi dalam diri. |
Akibat Tidak Mengamalkan Adab Menaiki Kenderaan | 1. Menyebabkan kesesakan lalu lintas. 2. Menyusahkan orang lain. 3. Menyebabkan kemalangan. 4. Membahayakan nyawa sendiri dan orang lain. 5. Tidak disenangi orang sekeliling. |
Selain membaca doa naik kenderaan, jangan lupa juga untuk membaca doa keluar rumah terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke mana-mana tempat yang ingin dituju untuk memastikan keselamatan kita sentiasa terjaga dan dalam rahmat Allah SWT sentiasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan seterusnya dijadikan panduan untuk anda meningkatkan amal ibadah pada setiap hari! Selamat beramal!