Temuduga Terbuka DBKL Ogos 2024, 17 Kekosongan Akan Dibuka
Temuduga Terbuka DBKL bagi tahun 2024 akan diadakan sekali lagi untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.
Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk menghadiri temuduga terbuka seperti ketetapan dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Temuduga Terbuka DBKL
Maklumat tentang Temuduga Terbuka DBKL pada Ogos 2024 ini adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Artis Budaya (Penari) Gred B19 Lelaki / Wanita |
Taraf Jawatan | Kontrak |
Jumlah Kekosongan | 17 |
Jadual Gaji | RM 1,360.00 – RM 4,032.00 |
Syarat Ukuran Fizikal | Lelaki: Ketinggian sekurang-kurangnya 1.63m & Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 20 hingga 26. Wanita: Ketinggian sekurang-kurangnya 1.55m & Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 19 hingga 25. |
Tarikh Temuduga Terbuka (Walk-In) | 3 & 4 Ogos 2024 (Sabtu & Ahad) |
Tempat Temuduga Terbuka (Walk-In) | Pusat Kesenian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Tingkat 2, Medan Selera Jalan Rotan Kg Attap 50460 Kuala Lumpur |
Masa Pendaftaran | 8.30 Pagi – 11.00 Pagi |
Syarat Pelantikan
Calon lantikan Temuduga Terbuka DBKL ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Calon-calon hendaklah berumur 18 hingga 30 tahun pada tahun 2024.
- Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang kebudayaan sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
- Calon hendaklah yang berkebolehan menari dalam tarian kontemporari dan tradisional.
Untuk mengetahui syarat lantikan yang lebih lanjut, sila klik pautan dibawah
>>>IKLAN PENUH TEMUDUGA TERBUKA DBKL 2024<<<
Dokumen Yang Diperlukan
Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Temuduga Terbuka, iaitu
- Kad Pengenalan.
- Sijil Kelahiran.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Slip SPM tidak akan diterima.
- Sijil-Sijil Persekolahan Berkaitan.
- Sijil Digital Lengkap Vaksinasi Covid-19.
- Sekeping Gambar Terkini Keseluruhan Badan (Full Body) Berukuran Saiz 3R.
- Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan & Slip Gaji Terakhir Untuk Pegawai Sedang Berkhidmat Di Dalam Perkhidmatan Awam (Kecuali Kakitangan DBKL).
Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas antaranya adalah Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM).
Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan di atas adalah tidak sah.
Maklumat Tambahan
Etika pemakaian semasa temuduga adalah calon dikehendaki berpakaian seperti berikut:
- t-shirt berwarna putih,
- seluar panjang sukan (track bottom) berwarna hitam, dan
- berkasut sukan.
Selain itu, kegagalan calon menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas juga boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Temuduga Terbuka (Walk-in) ini.
Untuk makluman, segala perbelanjaan dan tuntutan berhubung dengan Temuduga Terbuka (Walk-in) ini adalah dibawah tanggungan Tuan / Puan sendiri.
Seterusnya, sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Kementerian Sumber Manusia (KSM) 2024,
- Jawatan Kosong Perodua Malaysia 2024,
- Jawatan Kosong MARA Julai 2024,
- Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Julai 2024,
- Jawatan Kosong MARDI Ogos 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Temuduga Terbuka DBKL bagi tahun 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.