Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan MyKid Dibuka Semula Di Semua Pejabat JPN Mulai 29 Julai

Berikut dikongsikan mengenai permohonan MyKid dan semakan status permohonan yang boleh mula disemak bermula 29 Julai 2024.

Isi Kandungan

Makluman Terkini Mengenai Permohonan & Kutipan MyKid JPN 2024

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan, permohonan kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) kini dibuka semula di semua Pejabat JPN bermula hari ini, 29 Julai 2024.

JPN dalam satu kenyataan terkini bertarikh 25 Julai 2024 memaklumkan bahawa permohonan itu boleh dibuat setelah ia ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah tersebut.

“Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini (mempunyai resit permohonan MyKid), namun cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang telah dipilih. Tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai 2024 sehingga 31 Oktober 2024.” 

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Selepas daripada tempoh itu, JPN menjelaskan status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.

Mei lalu, Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias berkata isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik Covid-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai secara berperingkat di seluruh negara.

Difahamkan terdapat 136,238 permohonan MyKid yang tertunggak dengan 135,459 permohonan bagi tahun 2023 dan 779 permohonan bagi 2024 setakat Mac lalu.

Pada Disember lepas, media melaporkan JPN sedang mencetak 160,000 MyKid yang tertunggak sejak Oktober 2023 dan akan diserahkan secara berperingkat sebaik sahaja proses cetakan selesai dan memberi jaminan isu MyKid tidak akan berulang pada tahun ini memandangkan JPN sedang melaksanakan proses perolehan bekalan sebanyak tiga juta MyKid bagi menampung keperluan.

Ibu bapa yang telah memohon MyKid anak masing-masing boleh mula menyemak status permohonan di portal JPN mengikut tarikh yang dimaklumkan.

Berikut adalah kenyataan media rasmi daripada JPN mengenai permohonan dan kutipan MyKid bagi tahun 2024.

Permohonan MyKid Dibuka Semula Di Semua Pejabat JPN Mulai 29 Julai 1

Cara Membuat Permohonan MyKid

MyKid boleh dimohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Tarikh permohonan MyKid kini dibuka bermula 27 Julai 2024 (Sabtu) di semua pejabat JPN seluruh negara.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan MyKid yang baharu adalah seperti berikut:

  1. Sijil Asal Kelahiran Malaysia / Borang W
  2. Dokumen Pengenalan Diri Pemohon (Ibu / bapa) Beserta Salinan IC Bapa & Salinan IC Ibu
  3. Salinan Asal Sijil Nikah / Sijil Lahir

Selain membuat permohonan secara online, permohonan juga boleh dibuat terus di kaunter pejabat JPN / UTC berdekatan. Sila rujuk pautan berikut untuk mengetahui senarai semua cawangan JPN / UTC di seluruh negara:

>>>Direktori Cawangan JPN Seluruh Negara<<<

Semakan Status Permohonan MyKid

Semakan status permohonan MyKid JPN boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut:

>>>Semakan Status Permohonan Mykid<<<

Berikut dikongsikan panduan semakan / manual pengguna untuk rujukan pengguna atau ibu bapa membuat semakan status terkini permohonan MyKid anak-anak.

Ibu bapa boleh mengambil MyKid anak setelah status yang dipaparkan adalah seperti berikut:

‘Status Permohonan: MyKid sedia untuk diambil’

Permohonan MyKid Dibuka Semula Di Semua Pejabat JPN Mulai 29 Julai 2

Manakala bagi yang belum siap, anda akan menerima notis seperti dalam paparan seperti di bawah:

‘Status Permohonan: Permohonan sedang diproses.’

Sekali lagi diingatkan, semakan status permohonan MyKid bagi tahun 2024 ini hanya dibuka selama 3 bulan sahaja mulai hari ini sehingga 31 Oktober 2024 dan status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula apabila tempoh tersebut telah tamat.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Semakan Status Permohonan MyKid JPN 2024 ini, hubungi Unit Komunikasi Korporat, JPN di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel kepada [email protected].

Selain itu, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga di alamat seperti berikut:

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03 – 8000 8000  Faks: 03 – 8880 8288
Emel(@jpn.gov.my): pro

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More