Sumber Rujukan Globalisasi Anda

99 Nama Allah (Asmaul Husna) Berserta Maksudnya

Berikut adalah 99 nama Allah atau ia sering dipanggil dengan nama Asmaul Husna, untuk rujukan utama anda semua diluar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu Asmaul Husna?

Asmaul Husna merujuk kepada 99 nama Allah SWT. Nama Allah dapat dijumpai di dalam Al-Quran, Hadis atau kedua-duanya.

Dari segi bahasa, Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifatNya.

Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah SWT, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.

99 Nama Allah (Asmaul Husna) Berserta Maksudnya 1
99 Nama Allah

Dari Abu Hurairah R.A. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا ، مِائَةً إِلَّا وَاحِدًا ، مَن أَحْصَاهَا دَخَلَ الجَنَّةَ

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi Allah SWT itu sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu, barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga.”

Sahih Bukhari

Senarai 99 Nama Allah

Berikut adalah 99 nama Allah beserta maksudnya yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Nama (Rumi)Nama (Arab)Maksud
AllahاللهAllah [Nama Khas Tuhan]
Al-RaḥmanالرحمنYang Maha Pe­mu­rah dan Yang Memberi Rahmat
Al-RaḥimالرحيمYang Maha Pengasih kepada semua makhluk
Al-MalikالملكYang Maha Memiliki Segala Ke­kuasaan
Al-QuddusالقدوسYang Maha Suci
Al-SalamالسلامYang Maha Sejahtera
Al-MukminالمؤمنYang Maha Melimpahkan Ke­aman­an dan Kesejahteraan
Al-MuhaiminالمهيمنYang Maha Mengawal
Al-AzizالعزيزYang Maha Berkuasa dan Perkasa
Al-JabbarالجبارYang Maha Perkasa
Al-MutakabbirالمتكبرYang Maha Memiliki Segala Kebesaran
Al-KhaliqالخالقYang Maha Pencipta Sekalian Makhluk
Al-BarikالبارئYang Maha Pencipta Makhluk
Al-MuṣawwirالمصورYang Maha Menentukan Ben­tuk Rupa Makhluk-Nya
Al-GhaffarالغفارYang Maha Mengampuni
Al-QahharالقهارYang Maha Gagah Perkasa
Al-WahhabالوهابYang Maha Pemberi
Al-RazzaqالرزاقYang Maha Memberi Rezeki
Al-FattaḥالفتاحYang Maha Pembuka
Al-AlimالعليمYang Maha Mengetahui
Al-QabiḍالقابضYang Maha Pengekang
Al-BasiṭالباسطYang Maha Melapangkan
Al-KhafiḍالخافضYang Maha Merendahkan Darjat Seseorang
Al-RafikالرافعYang Maha Meninggi­kan Darjat
Al-MuizالمعزYang Maha Memuliakan
Al-MuzilالمذلYang Maha Menghina Musuh-Nya
Al-SamikالسميعYang Maha Mendengar
Al-BaṣirالبصيرYang Maha Melihat
Al-ḤakamالحكمYang Maha Menentukan Hu­kum­­an
Al-AdlالعدلYang Maha Adil
Al-LatifاللطيفYang Maha Lemah Lembut dan Menge­tahui Segala Sesuatu Sehalus-halusnya
Al-KhabirالخبيرYang Maha Sedia Mengetahui
Al-ḤalimالحليمYang Maha Penyantun dan Pe­nya­bar
Al-AzimالعظيمYang Maha Agung
Al-GhafurالغفورYang Maha Sedia Mengampuni
Al-SyakurالشكورYang Maha Meng­gandakan Balasan
Al-AliالعليYang Maha Tinggi (Luhur)
Al-KabirالكبيرYang Maha Besar
Al-ḤafiẓالحفيظYang Maha Memelihara
Al-MuqitالمقيتYang Maha Menyediakan Segala Keperluan Makhluk-Nya
Al-ḤasibالحسيبYang Maha Menghitung Amalan Makhluk
Al-JalilالجليلYang Maha Memiliki Sifat Ke­agung­an Yang Tiada Pada Makhluk
Al-KarimالكريمYang Maha Mulia dan Sedia Mem­beri
Al-RaqibالرقيبYang Maha Mengawasi
Al-MujibالمجيبYang Maha Memakbulkan
Al-WasikالواسعYang Maha Luas Ilmu dan Rahmat-Nya
Al-ḤakimالحكيمYang Maha Bijaksana
Al-WadudالودودYang Maha Mengasihi orang yang beriman kepada-Nya
Al-MajidالمجيدYang Maha Sempurna
Al-BaisالباعثYang Membangkitkan Manusia
Al-SyahidالشهيدYang Maha Me­nyak­sikan Segala Kebenaran
Al-ḤaqالحقYang Maha Benar
Al-WakilالوكيلYang Maha Pelindung
Al-QawiالقويYang Maha Berkuasa
Al-MatinالمتينYang Maha Teguh Kekuatan-Nya
Al-WaliالوليYang Maha Memberikan Per­tolong­an
Al-ḤamidالحميدYang Maha Layak Menerima Pujian
Al-MuḥṣiالمحصيYang Maha Mengira
Al-MubdikالمبدئYang Maha Memulakan Sesuatu
Al-MuidالمعيدYang Maha Mengem­balikan Ciptaan-Nya
Al-MuḥyiالمحييYang Maha Menghidupkan
Al-MumitالمميتYang Maha Mematikan
Al-ḤaiالحيYang Maha Hidup
Al-QayyumالقيومYang Maha Berdiri Sendiri
Al-WajidالواجدYang Maha Memperoleh Segala Sesuatu Yang Dikehendaki-Nya
AL-MajidالماجدYang Maha Dimulia­kan
Al-WaḥidالواحدYang Maha Esa
Al-ṢamadالصمدYang Kekal dan Men­jadi Tempat Bergantung Sekalian Makhluk
Al-QadirالقادرYang Maha Berkuasa
Al-MuqtadirالمقتدرYang Maha Berkuasa Me­nentu­kan Sesuatu
Al-MuqaddimالمقدمYang Memulakan Wujudnya Sesuatu
Al-MuakhirالمؤخرYang Mentak­hir­kan Wujudnya Sesuatu
Al-AwwalالأولYang Awal dan Tiada Permulaan
Al-AkhirالآخرYang Akhir dan Tiada Kesudahan
Al-ẒahirالظاهرYang Menzahirkan Kewujudan
Al-BaṭinالباطنYang Menyembunyikan Kewujud­an
Al-WaliالواليYang Maha Memiliki dan Meme­rintah Segala Sesuatu
Al-MutaaliالمتعاليYang Maha Tinggi dan Suci
Al-BarالبرYang Menjadi Sumber Kebaikan
Al-TawwabالتوابYang Sentiasa Menerima Taubat
Al-MuntaqimالمنتقمYang Membalas Dengan Seksa
Al-AfuالعفوYang Maha Pemaaf
Al-RaufالرؤوفYang Maha Pemberi Kasih Sayang
Malik Al-Mulkمالك الملكPemilik Mutlak Segala Kekuasaan
Zu Al-Jalal Wa Al-Ikramذو الجلال والإكرامYang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan
Al-MuqsiṭالمقسطYang Maha Adil dan Saksama
Al-JamikالجامعYang Maha Penghim­pun
Al-GhaniالغنيYang Maha Kaya dan Tidak Me­mer­lukan Sesuatu Apa-apa pun
Al-MughniالمغنيYang Maha Mengayakan Ma­k­h­luk Sehingga Tidak Memerlukan Apa-apa
Al-ManikالمانعYang Maha Menegah dan Menolak
Al-ḌarالضارYang Mendatangkan Kemudaratan
Al-NafikالنافعYang Memberikan Ke­bai­kan dan Kemanfaatan
Al-NurالنورCahaya Yang Menerangi
Al-HadiالهاديYang Memberi Hidayah Kepada Hamba-Nya
Al-BadikالبديعYang Maha Mencipta­kan Sesuatu yang sebelumnya tiada
Al-BaqiالباقيYang Berkekalan
Al-WarisالوارثYang Kekal Memu­sakai
Al-RasyidالرشيدYang Memberi Pe­tun­juk Kepada Kebenaran
Al-SaburالصبورYang Maha Penyabar
99 Nama Allah

Bolehkah Menamakan Anak Dengan 99 Nama Allah?

Dalam Islam, tatkala anak dilahirkan, ibu bapa hendaklah menamakan anaknya dengan nama yang baik dan bukannya nama yang buruk mahupun mengandungi unsur syirik.

Bahkan menamakan dengan nama yang baik adalah digalakkan kerana ia merupakan doa dan akan diseru pada Hari Kiamat kelak.

Terdapat sebuah riwayat daripada Abu Al-Darda’ R.A., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.”

Jika nama-nama itu menjadi kekhususan bagi Allah SWT seperti Al-Ahad, Al-Samad, Al-Khaliq dan seumpamanya, maka ia dilarang dan tidak boleh sama sekali menamakan seseorang dengannya.

Namun, jika nama itu tidak terkhusus bagi Allah SWT dan maknanya turut dimiliki oleh makhluk, maka tidak mengapa menamakan seseorang dengannya. Lebih-lebih lagi jika nama itu memiliki makna yang baik.

Justeru, menamakan anak dengan nama Asmaul Husna atau 99 nama Allah ini tidaklah menjadi kesalahan kerana maknanya adalah dengan maksud nama-nama yang baik.

99 Nama Allah (Asmaul Husna) Berserta Maksudnya 2
99 Nama Allah

Sumber: Maktabahalbakri

99 Nama Allah (Asmaul Husna) Berserta Maksudnya 3

Semoga perkongsian 99 Nama Allah ini bermanfaat dan seterusnya dijadikan panduan untuk anda semua diluar sana untuk meningkatkan amal ibadah pada setiap hari!

Selamat beramal!

Artikel Berkaitan: 4 Fadhilat Besar Mengamalkan Surah Al-Ikhlas.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More