Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sehingga 3,180 Jawatan Kosong KKM Terkini

Jawatan Kosong KKM Terkini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong KKM Terkini

Maklumat Jawatan Kosong KKM Terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanLatihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil (Sesi Januari Tahun 2025)
Lokasi PenempatanKementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Jumlah Kekosongan3,180
Kumpulan PelaksanaSPM
Tarikh Tutup Permohonan5 Ogos 2024 (Isnin)
Jawatan Kosong KKM Terkini

Jenis Latihan & Kekosongan

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan adalah 2 kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:

  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan: 3 Tahun); dan
  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan: 2 Tahun).

Jumlah kekosongan mengikut jantina calon yang terkini bagi kemasukan Januari 2025 adalah berdasarkan keperluan KKM seperti jadual berikut:

Jenis LatihanBilangan Kekosongan
Bertaraf DiplomaJururawat1,500
Bertaraf DiplomaJururawat (PSL)Lelaki: 0
Perempuan: 350
Bertaraf DiplomaPenolong Pegawai Perubatan500
Bertaraf DiplomaPenolong Pegawai Kesihatan Persekitaran150
Bertaraf DiplomaPenolong Pegawai Farmasi100
Bertaraf DiplomaJuru X-Ray (Pengimejan Perubatan)
[dahulunya dikenali sebagai Juru X-Ray (Diagnostik)]
50
Bertaraf DiplomaJuruteknologi Makmal Perubatan150
Bertaraf DiplomaJurupulih Perubatan (Fisioterapi)100
Bertaraf DiplomaJurupulih Perubatan Cara Kerja80
Bertaraf SijilPembantu Kesihatan AwamLelaki: 100
Perempuan: 0
Bertaraf SijilPembantu Pembedahan Pergigian100
Jawatan Kosong KKM Terkini

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong KKM Terkini ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa atau tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa bagi Pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL) atau tidak melebihi 38 tahun pada sesi pengajian semasa bagi Pegawai Sedang Berkhidmat (selain PSL).
  2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  3. Memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon. Sila rujuk Maklumat Syarat Latihan DISINI.
Sehingga 3,180 Jawatan Kosong KKM Terkini 1

Cara Permohonan

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi latihan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

Walau bagaimanapun calon yang pernah memohon Latihan Juru X-Ray (Diagnostik) dinasihati untuk mendaftar semula sebagai Latihan Juru X-Ray (Pengimejan Perubatan) bagi pengambilan mulai sesi Januari 2025.

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 5 Ogos 2024, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Sehingga 3,180 Jawatan Kosong KKM Terkini 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong KKM Terkini ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong KKM Terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More