Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 kini dibuka untuk semua pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 / Tahun 1 SVM sesi akademik 2024/2025.

Isi Kandungan

Info Terkini KPM: Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus (PKSK)

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 / Tahun 1 Sekolah Vokasional Malaysia (SVM) bagi sesi 2025/2026.

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 1

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 ini kini dibuka mulai 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024 secara atas talian.

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 2

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dibawah untuk membuat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 iaitu:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  • Pemohon telah mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Bagi kemasukan Tingkatan 1 tahun 2025, murid Tahun 6 tahun 2024 mestilah:
  1. Berumur 12 tahun; atau
  2. Lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
  • Bagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2025, murid Tingkatan 3 tahun 2024 mestilah:
  1. Berumur 15 tahun; atau
  2. Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010.

Cara Membuat Permohonan

Pemohon yang ingin membuat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 boleh memohon melalui pautan di bawah:

>>>Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 Bagi Tingkatan 1<<<

>>>Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 Bagi Tingkatan 4<<<

Sebelum membuat permohonan, pastikan maklumat pemohon, ibu bapa & penjaga dikemaskini pada SPAT KPM pada SPS – Sistem Pengurusan Sekolah (Modul Pengurusan Murid) dan baca panduan permohonan pada menu Sistem Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus (SPSKT) terlebih dahulu.

Langkah-langkah untuk mengemaskini maklumat di Modul Pengurusan Murid adalah seperti berikut:

  1. Layari laman sesawang SPS – Sistem Pengurusan Sekolah (Modul Pengurusan Murid).
  2. Kemaskini maklumat pemohon, ibu bapa & penjaga. Klik hantar.
  3. Maklumkan kepada guru kelas untuk membuat pengesahan perubahan maklumat.
  4. Maklumat terkini pada Borang Permohonan Sekolah Khusus akan dipaparkan setelah guru kelas membuat pengesahan.
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 3

Selepas membuat pengemaskinian maklumat pada Modul Pengurusan Murid, pemohon bolehlah membuat permohonan seperti biasa pada sistem.

Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan (MyKad atau MyKid) dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftarkan pada APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP / SMKA / SMT / KV / MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

Tarikh Penting PKSK

Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:

PerkaraTarikh
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Dalam Talian1 Ogos 2024 – 8 September 2024
Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 (PKSKT4)13 September 2024 – 3 Oktober 2024
Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 (PKSKT1)13 September 2024 – 17 Oktober 2024
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 423 September 2024 – 3 Oktober 2024
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 17 Oktober 2024 – 17 Oktober 2024
Semakan Tawaran PKSK Tingkatan 4 & Tingkatan 1 Sesi 2025/202631 Januari 2025
Pendaftaran Tingkatan 4 & Tingkatan 1 Sesi 2025/202618 Februari 2025

Jadual Pelaksanaan PKSK

Berikut pula adalah jadual pelaksanaan PKSK bagi sesi 2025/2026 yang akan diadakan nanti, iaitu seperti ketetapan dibawah:

SesiPendaftaranArtikulasi PenulisanPentaksiran Kemasukan Ke Sekolah Khusus
17.30 – 8.00 pagi8.15 – 9.00 Pagi9.15 – 10.45 Pagi
29.30 – 10.00 Pagi10.15 – 11.00 Pagi11.15 – 12.45 Tengahari
31.30 – 2.00 Petang2.15 – 3.00 Petang3.15 – 4.45 Petang

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kemasukan dan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 ini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari masa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More