Pengambilan Jawatan Kosong Institusi Pendidikan MARA Seluruh Malaysia Tahun 2024
Jawatan Kosong Institusi Pendidikan MARA (IPMA) bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Institusi Pendidikan MARA
Maklumat Jawatan Kosong Institusi Pendidikan MARA yang sedang dibuka ini adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 |
Taraf Jawatan | Kontrak |
Lokasi Penempatan | Institusi-Institusi Pendidikan MARA di Seluruh Malaysia |
Jadual Gaji | RM 2,188.00 – RM 9,552.00 |
Tarikh Tutup Permohonan | 23 Ogos 2024 |
Bidang / Subjek | 1. Bahasa Inggeris 2. Bahasa Melayu 3. Bimbingan dan Kaunseling 4. Biologi 5. Fizik 6. Geografi 7. Herba dan Hasilan Semula Jadi 8. Keusahawanan 9. Kimia 10. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 11. Kejuruteraan Mekanikal 12. Kewangan dan Perbankan Islam 13. Matematik 14. Media 15. Pendidikan Islam 16. Pendidikan Islam (Tahfiz) 17. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 18. Pengajian Malaysia 19. Pengurusan Perniagaan 20. Perakaunan 21. Psikologi 22. Reka Bentuk dan Teknologi 23. Reka Bentuk Grafik 24. Sains Kejuruteraan 25. Sains Komputer 26. Sejarah 27. Seni Reka |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Institusi Pendidikan MARA ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Kelayakan lantikan Jawatan Kosong Institusi Pendidikan MARA ke Gred DG41 secara kontrak ini adalah seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
- Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98); atau
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.60).
- Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara juga boleh memohon jawatan ini jika kelayakan akademik tersebut diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.
- Pemohon yang memohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat pada Sistem Permohonan Jawatan Dalam MARA Secara Online sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 23 Ogos 2024 (Jumaat).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Temuduga Terbuka DBKL 2024,
- Jawatan Kosong Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) 2024,
- Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia Ogos 2024,
- Temuduga Terbuka Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Ogos 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Institusi Pendidikan MARA yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.