Doa Nabi Sulaiman Dan Kelebihan Mengamalkannya Dalam Kehidupan
Berikut dikongsikan mengenai doa nabi sulaiman yang banyak kelebihan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian oleh setiap umat Islam.
Isi Kandungan
Kisah Semut Bercakap & Nabi Sulaiman
Nabi Sulaiman adalah merupakan salah seorang Nabi yang termasuk dalam senarai 25 Rasul yang wajib kita ketahui.
Seperti Nabi-Nabi yang lain, Nabi Sulaiman juga dikurniakan mukzikat oleh Allah SWT.
Nabi Sulaiman diberikan kebijaksanaan, kekuasaan, dan kemampuan untuk berkomunikasi dengan binatang serta menguasai jin dan malaikat.
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Naml yang bermaksud:
Maksudnya: “(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”. Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.”
Surat An-Naml: 18-19
Nabi Sulaiman tersenyum kagum terhadap keprihatinan dan peringatan semut itu kepada kawan-kawannya, serta adanya hidayah yang Allah SWT berikan kepada semut tersebut.
Baginda juga merasa gembira dengan anugerah khusus yang dimilikinya iaitu dapat memahami maksud bahasa semut itu.
Nabi Sulaiman pun berdoa seperti berikut:
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah aku agar tetap bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua-dua ibubapaku, untuk mengerjakan amalan yang Engkau sukai dan redhai. Baginda memohon supaya diwafatkannya dalam keadaan berserah diri kepada-Nya dan dimasukkannya ke dalam golongan hamba-Nya yang soleh.”
Sayyid Qutb berkata:
- Doa Nabi Sulaiman dimulakan dengan “رَبِّ” iaitu (“Wahai Tuhanku!). Di sini beliau menggunakan kata-kata seruan dari dekat dan secara langsung.
- Kemudian, beliau memohon dengan “أَوْزِعْنِي” (Ilhamkanlah aku) atau tumpahkan diriku yakni kumpulkan seluruh diriku dan anggotaku, perasaanku, lidahku, hatiku, fikiranku, perkataanku, susunan perkataanku, amalanku dan tujuanku. Begitu juga seluruh daya tenagaku supaya seluruhnya ditumpukan “agar tetap bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua-dua ibubapaku.” Ungkapan ini membayangkan nikmat Allah yang telah mengharukan hati Nabi Sulaiman pada saat itu dan menggambarkan bentuk perasaan keterharuan, kekuatan tawajjuh dan rasa hatinya yang bergelora ketika beliau menyedari nikmat Allah dan limpah yang dikurniakan kepadanya dan kepada kedua ibubapanya.
Beliau mengalami nikmat dan rahmat Allah SWT itu dengan penuh perasaan lalu memohon seperti doa di atas.
5 Doa Nabi Sulaiman
Doa Nabi Sulaiman yang diabadikan di dalam Al-Quran memiliki keutamaan yang sangat besar.
Doa ini juga dapat digunakan untuk menjinakkan haiwan serta menjinakkan jin yang bersifat merugikan. Kemudian, doa itu juga boleh digunakan untuk menghalau semut.
Selain itu, doa Nabi Sulaiman juga memiliki keutamaan untuk menundukkan wanita (meluluhkan hati seseorang) dan memohon kekayaan (kelancaran rezeki sehingga larisnya dagangan para pembisnes) yang halal dan berkah.
Doa Nabi Sulaiman juga menjadi doa yang baik untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Dikisahkan, Nabi Sulaiman memohon agar diberikan ilham untuk selalu mensyukuri nikmat Allah SWT dan melakukan kebajikan yang diredhai-Nya.
Berikut adalah antara doa-doa Nabi Sulaiman yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian.
Doa Nabi Sulaiman | Maksudnya |
---|---|
قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ (Qaala rabbi ighfir lii wahab lii mulkan laa yanbaghii li-ahadin min ba’dii innaka anta alwahhaab.) | “Ya Rabku, ampuni segala dosaku dan beri kepadaku Kerajaan yang tidak akan boleh dimiliki oleh seorang pun setelahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.” |
وَلَقَدْ اٰتَيْنَا دَاوٗدَ وَسُلَيْمٰنَ عِلْمًاۗ وَقَالَا الْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ فَضَّلَنَا عَلٰى كَثِيْرٍ مِّنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ (Alhamdulillahilladzii faddhalanaa ‘alaa katsiiri min ‘ibaadihil mu’miniin.) | “Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman.” |
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ اَوْزِعْنِيْٓ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْٓ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلٰى وَالِدَيَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضٰىهُ وَاَدْخِلْنِيْ بِرَحْمَتِكَ فِيْ عِبَادِكَ الصّٰلِحِيْنَ (Fatabassma dho khi kammin kowliha wa ko la rabbi ‘aw zi’ ii ‘an ‘asykura ni’matakal-latii ‘an’amta ‘alayya wa’alaa waalidaya wa’an ‘a’mala shaalihan tardhaahu wa’adkhilnii birahmatika fii ‘ibaadikash-shaalihiin.) | Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa, “Ya Tuhanku, anugerahkan aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu yang soleh.” |
إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ * أَلاَّ تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِين (Innahu min sulaimana wa innahu bismillahir-rahmanir-rahim. Alla ta’lu ‘alayya wa`tuni muslimin.) | “Sesungguhnya surat itu dari Sulaiman dan sesungguhnya isinya: ‘Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadap-Ku dan datanglah kepada-Ku sebagai orang-orang yang berserah diri.” |
حَتّٰىٓ اِذَآ اَتَوْا عَلٰى وَادِ النَّمْلِۙ قَالَتْ نَمْلَةٌ يّٰٓاَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوْا مَسٰكِنَكُمْۚ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمٰنُ وَجُنُوْدُهٗۙ وَهُمْ لَا يَشْعُرُوْنَ (Hatta idzaa ataw ‘alaa waadi an-naml, qaalat namlatun: yaa ayyuhannamlu udhkhulu masakinakum, laa yahthimannakum Sulaimaanu wa junuuduho, wahum laa yash’uruun.) | Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.” |
Kelebihan Ayat / Doa Nabi Sulaiman
Antara kelebihan yang dapat disimpulkan daripada doa-doa Nabi Sulaiman diatas, doa di atas boleh menjadi
- pendiding diri daripada gangguan sihir;
- dipermudahkan segala urusan kebaikan dan diberikan kekayaan;
- dikabulkan segala hajat atau permintaan; dan
- sebagai ayat pengasih dan penyayang.
Selain 25 nama Rasul yang kita perlu tahu, terdapat 99 nama Allah yang juga kita perlu tahu dalam kehidupan harian kita.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan seterusnya dijadikan panduan untuk kita semua dalam meningkatkan amal ibadah dan menjadi hamba yang sentiasa bersyukur pada setiap hari!
Selamat beramal!