Hebahan Terkini KPM: Semakan Keputusan PISMP Tahun 2024
Berikut adalah info terkini yang telah dikeluarkan mengenai Semakan Keputusan PISMP bagi tahun 2024 yang boleh disemak mulai 9 Ogos 2024.
Isi Kandungan
Pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2024
Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mempelawa
- lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
- lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),
- lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan
- lepasan Program Matrikulasi
yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti PISPM di Institut Pendidikan Guru, KPM bagi ambilan tahun 2024.
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di Sekolah Rendah KPM.
- Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti program persediaan PISMP selama satu (1) tahun ATAU tiga (3) semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
- Pelajar yang LULUS program persediaan PISMP akan diberikan Sijil Tamat program dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun ATAU 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
PISMP akan dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
Pada 14 Mac sehingga 15 April 2024 yang lalu, permohonan untuk Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Tahun 2024 telah dibuka dan calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat telah dipelawa untuk memohon.
Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan
Berikut adalah bidang pengkhususan yang ditawarkan untuk kemasukan PISMP bagi Tahun 2024:
Bidang Pengkhususan | |
---|---|
Sekolah Kebangsaan (SK) | 1. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. 2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan. 3. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL). 4. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah. 5. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah. 6. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah. 7. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral. 8. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Kesihatan. 9. Pendidikan Awal Kanak-Kanak. 10. Sains Pendidikan Rendah. 11. Matematik Pendidikan Rendah. 12. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. 13. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran. 14. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan. 15. Bimbingan dan Kaunseling. 16. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah. 17. Sejarah Pendidikan Rendah. 18. Bahasa Arab Pendidikan Rendah. 19. Bahasa Iban Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah. |
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) | 1. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. 2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan. 3. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL). 4. Bahasa Cina Elektif: Pendidikan Jasmani. 5. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah. 6. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah. 7. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah. 8. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral. 9. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Kesihatan. 10. Pendidikan Awal Kanak-Kanak. 11. Sains Pendidikan Rendah. 12. Matematik Pendidikan Rendah. 13. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. 14. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran. 15. Bimbingan dan Kaunseling. 16. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah. 17. Sejarah Pendidikan Rendah. |
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) | 1. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. 2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan. 3. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL). 4. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah. 5. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah. 6. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah. 7. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral. 8. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Kesihatan. 9. Pendidikan Awal Kanak-Kanak. 10. Sains Pendidikan Rendah. 11. Matematik Pendidikan Rendah. 12. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan. 13. Bimbingan dan Kaunseling. 14. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah. 15. Sejarah Pendidikan Rendah. 16. Bahasa Tamil Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Jasmani. 17. Bahasa Tamil Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Seni Visual. |
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) | 1. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. 2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan. 3. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah. 4. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah. 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah. 6. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral. 7. Pendidikan Awal Kanak-Kanak. 8. Sains Pendidikan Rendah. 9. Matematik Pendidikan Rendah. 10. Bimbingan dan Kaunseling. 11. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah. |
Semakan Keputusan PISMP Tahun 2024
Semakan Keputusan Penuh Tawaran Kemasukan Ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2024 boleh mula dibuat pada 9 Ogos 2024, Jumaat pada jam 10:00 pagi.
Semakan Keputusan PISMP Tahun 2024 boleh dibuat pada Sistem PISMP melalui pautan berikut:
>>>Semakan Keputusan PISMP Tahun 2024<<<
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Semakan Keputusan PISMP Tahun 2024 ini, sila rujuk Portal Rasmi PISMP 2024 | Kementerian Pendidikan Malaysia dan Facebook Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.
Selain itu, anda juga boleh merujuk FAQ PISMP TAHUN 2024 dan BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN dengan lebih lanjut dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!