Shopee Affiliate Program: Cara Daftar, Masukkan URL & Sahkan Media Sosial
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Shopee Affiliate Program yang ditawarkan oleh Shopee untuk anda menjana pendapatan tambahan.
Isi Kandungan
Apa Itu Shopee Affiliate Program?
Shopee Affiliate Program ialah program dalaman Shopee yang membolehkan anda menggunakan platform sosial anda untuk mengiklankan dan mencadangkan barang-barang yang boleh dibeli di Shopee menggunakan pautan URL unik.
Anda akan mendapat komisen untuk setiap pembelian yang berjaya dilakukan oleh pengikut anda melalui pautan URL unik yang anda cipta.
Bagaimana Ia Berfungsi?
Anda boleh mula meraih pendapatan tambahan hanya dengan mengikuti 4 langkah mudah seperti berikut:
Langkah 1 | Pilihkan item-item Shopee kegemaran anda untuk dipromosikan dan disyorkan. |
Langkah 2 | Kongsikan pautan URL affiliate anda di platform media sosial dengan rakan dan pengikut anda. |
Langkah 3 | Dapatkan komisen daripada setiap pesanan yang dibuat melalui pautan URL affiliate anda. |
Langkah 4 | Ketahui prestasi dan pendapatan komisen anda dengan mengesannya! |
Pengiraan Komisen
Kadar komisen untuk Shopee Affiliate Program berbeza mengikut
- kategori produk,
- tempoh kempen,
- jenis atribusi, dan
- platform.
Kadar komisen dibahagikan kepada empat (4) segmen, iaitu:
- Media Sosial Kedai Sama.
- Media Sosial Kedai Berbeza.
- Komisen Shopee Live.
- Komisen Shopee Video.
Kadar komisen juga akan berbeza untuk Content Creators dan Non-Content Creators.
Sila TEKAN DISINI untuk melihat kadar komisen terkini untuk Shopee Affiliate Program.
Shopee berhak untuk mengubah atau membuat perubahan kepada tawaran di atas tanpa notis terlebih dahulu dan kadar komisen yang disenaraikan layak untuk Content Creators dan Non-Content Creators.
Cara Daftar Shopee Affiliate Program
Terdapat 2 medium untuk mendaftar Shopee Affiliate Program iaitu anda boleh mendaftar melalui aplikasi atau melalui laman web.
Panduan mendaftar langkah demi langkah adalah seperti infografik berikut:
Cara Untuk Meletakkan Pautan URL & Mengesahkan Media Sosial Semasa Pendaftaran
Apabila anda berdaftar untuk Shopee Affiliate Program, anda akan diminta untuk memaut dan mengesahkan akaun media sosial anda.
Langkah-langkah untuk meletakkan pautan URL dan mengesahkan media sosial anda semasa pendaftaran adalah seperti berikut:
Langkah-langkah ini penting untuk sebab-sebab tertentu, iaitu:
- Ia adalah syarat sah untuk menyertai Shopee Affiliate Program. Semasa proses pengesahan pendaftaran, pihak Shopee akan membuat penilaian ke atas profil media sosial dan kandungan anda untuk memastikan selari dengan polisi komuniti dan kandungan mereka.
- Untuk mengelakkan penipuan. Proses pengesahan pemilik media sosial membantu untuk memastikan kandungan yang dihasilkan adalah benar dan aktiviti promosi adalah telus dan ia juga membantu Shopee untuk mengenal pasti sebarang penipuan oleh penggung yang berinteraksi dalam kandungan plagiat dan menggunakan akaun media sosial yang palsu.
- Untuk ketelusan kandungan. Pihak Shopee akan melakukan proses pengesahan profil dan kandungan untuk memastikan bahan promosi selari dengan garis panduan komuniti affiliate.
- Untuk menikmati lebih banyak ganjaran. Shopee Affiliate Program menawarkan pelbagai kempen dan inisiatif berdasarkan faktor seperti bilangan pengikut, kewujudan media sosial dan kategori dari semasa ke semasa. Pengesahan media sosial anda akan melayakkan anda untuk ganjaran tambahan ini.
Dengan meletakkan pautan URL dan mengesahkan akaun media sosial anda semasa pendaftaran, anda bukan sahaja dapat mengakses kepada potensi promosi malah untuk memupuk komuniti affiliate yang telus dan dipercayai.
Ini seterusnya adalah manfaat untuk kedua-dua belah pihak iaitu anda dan Shopee Affiliate Program ini sendiri.
Keistimewaan Menjadi Shopee Ambassador Program
Selain menjadi affiliate dengan Shopee, anda juga boleh menjadi ambassador dengan Shopee. Antara keistimewaan jika anda menjadi Shopee Ambassador Program adalah:
- Anda boleh dapatkan komisen sehingga 10%.
- Anda juga boleh menikmati komisen tambahan sehingga 50% dengan COMMISSIONS XTRA.
- Anda akan mendapat jemputan ke acara rangkaian sosial yang menyeronokkan seperti Shopee House dan boleh lawati ibu pejabat Shopee.
- Anda juga boleh sertai inisiatif eksklusif dan nikmati bonus tunai.
Justeru, ayuh mulakan perjalanan “rakan kongsi” anda hari ini dan mula meraih pendapatan tambahan anda!
Diharapkan perkongsian info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!