Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Terkini Jawatan Kosong PTPTN 2024

Jawatan Kosong PTPTN 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong PTPTN 2024

Maklumat Jawatan Kosong PTPTN 2024 yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPenolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Kontrak)
Kumpulan PerkhidmatanPelaksana
Pusat Temu Duga & PenempatanMenara PTPTN, Kuala Lumpur
PengkhususanCustomer Journey
Jadual GajiRM 1,493.00 – RM 5,672.00
Tarikh Tutup Permohonan14 Ogos 2024
Jawatan Kosong PTPTN 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong PTPTN 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  4. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  5. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  6. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  7. Calon yang memiliki Sijil Matrikulasi KPM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana di Gred 29 yang bersesuaian. Gaji permulaan bagi kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ditetapkan bersamaan dengan gaji minimum dalam Jadual Gaji Minimum – Maksimum Skim Perkhidmatan berkaitan.
  8. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman / kemahiran seperti berikut:
  • Berkebolehan membantu PTPTN dalam menetapkan peta perjalanan pelanggan (Customer Journey) di setiap customer touchpoints untuk meningkatkan kepuasan pelanggan, kualiti perkhidmatan dan mengikut Best Industry Practice.
  • Berkebolehan membantu mengenal pasti sasaran yang spesifik, seperti meningkatkan pengalaman pelanggan di titik-titik tertentu dalam perjalanan mereka.
  • Berkebolehan mengenal pasti dan segmentasikan pelanggan.
  • Berkebolehan menambahbaik titik sentuhan utama (touchpoints) di mana pelanggan berinteraksi dengan PTPTN seperti di myPTPTN, laman web, media sosial, pusat panggilan dan kaunter.
  • Berkebolehan membantu mengenal pasti masalah atau kekurangan dalam perjalanan pelanggan yang boleh menghalang kepuasan pelanggan.
  • Membantu menyediakan cadangan berdasarkan analisis data untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.
  • Sentiasa mengikuti perkembangan dalam industri dan trend tingkah laku pelanggan untuk memastikan PTPTN sentiasa mempunyai pemahaman yang mendalam tentang pelanggannya.
  • Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkomitmen tinggi dalam melaksanakan tugas.
Pengambilan Terkini Jawatan Kosong PTPTN 2024 1

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) pada e-Jawatan v2 sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 14 Ogos 2024 (Rabu).

Sila pastikan e-mel dan nombor telefon adalah aktif semasa permohonan dibuat.

Pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat Skim Perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Pegawai boleh diarah berkhidmat di Jabatan / Bahagian di Menara PTPTN atau Pejabat Cawangan PTPTN seluruh negara.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Terkini Jawatan Kosong PTPTN 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong PTPTN 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong PTPTN 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More