Sumber Rujukan Globalisasi Anda

DIY TANDAS LAMA MENJADI BARU

Tandas yang bersih dan selesa memang menjadi idaman setiap orang. tandas yang sudah lama mungkin akan hilang serinya akibat kesan-kesan tompokan air yg sudah berkarat di rumah yang mengalir di paip. Ini mengakibatkan mata tidak sedap memandang tandas sebegitu di dalam rumah, hendak di beri tetamu guna juga rasa malu.

Kini ada penyelesaian yang lebih mudah dan kosnya juga tidaklah mahal. Mari lihat perkongsian daripada Ahmad khairudin ini :

ni nak kongsi idea…mana yang nk cut bajet cantikkan TOILET LAMA…atau pun ada toilet rumah parents kat kampung ke yang nk bagi kemas sikit… macam kes saya sebab PENYEWA nak masuk awal sebelum raya…ada waktu 5 HARI SAHAJA… tukar tiles memang tak sempat n leceh…so caranya DIY lah… janji bakal penyewa selesa… kita mudahkan urusan orang insyaallah kita pon dimudahkan urusan nnti…

waktu diperlukan hanya 3 hari ( sebab buat waktu bekerja, boleh cut jadi 2 hari sebab sangat cepat n senang je sebenarnya )

Jom Mulakan Sesi DIY Tandas

bajet RM 440.60 sahaja.. untuk 2 TOILET
HYCOTE: X 2TIN
EA4FINISH WHITE : X1 TIN
EA4 FINISH DARK GREY :X2 TIN

SIMEN PUTIH 2 KG: RM5.60

( BERUS CAT/THINNER/ alas cat memang dah sedia ada)

steps seperti dalam gambar

Tandas
Tandas

Toilet atas sebelum

DIY TANDAS LAMA MENJADI BARU 1

Toilet bawah sebelum

DIY TANDAS LAMA MENJADI BARU 2

ni simen putih rm 5.60 untuk 2 kg
tujuan dia untuk tutup semua lubang dan defect kat tiles sebelum mengecat…

DIY TANDAS LAMA MENJADI BARU 3

STEP 1: isi semua defect dengan simen putih… pakai glove n tangan je senang… cepat pon cepat… 45 minit siap atas bawah

DIY TANDAS LAMA MENJADI BARU 4

rupa bila dh siap….

DIY TANDAS LAMA MENJADI BARU 5

STEP 2: HYCOTE semua sekali…. saya pakai 1 litre je…cukup2 satu litre untuk satu toilet..

DIY TANDAS LAMA MENJADI BARU 6

rupa bila dah siap HYCOTE… btw mangkuk tandas n sinki bungkus dulu…kalau tak comot nnti…

DIY TANDAS LAMA MENJADI BARU 7

STEP 3: Process cat pakai EA4 FINISH…sikit lagi siap dah ni

DIY TANDAS LAMA MENJADI BARU 8

HYCOTE … memang dia akan bagi skali hardener… tujuan tuk bagi lekat kt tiles n cepat kering jugak… kalau tak pakai ni… cat kita senang menggelupas bila kena air…

TIPS : beli hycote akan dapat hardener sekali… campur dua dua sebelum mengecat.. hardener macam gam… so make sure 45 minit or 1 hour habiskan semua cat.. kalo rasa nk pakai skit2.. jangan campur semua sekali ye… campur kt bekas luar mana yang rasa perlu…..

DIY TANDAS LAMA MENJADI BARU 9

EA4 FINISH ni la cat khas untuk TILES + HIGH PERFORMANCE… sesuai untuk tempat yang selalu kena air…


kalau nak lagi power… EA9 FINISH… tu biasa orang buat kolam takungan … mmang tak tembus langsung air…

DIY TANDAS LAMA MENJADI BARU 10

TADAA… siap dah toilet atas

DIY TANDAS LAMA MENJADI BARU 11

rupa selepas untuk toilet bawah… jangan bimbang tak licin… nampak je kilat… tapi sangat selesa untuk di pijak…

Mudah dan menjimatkan,hanya perlu sedikit usaha untuk dapatkan hasil yang menarik hati. Bolehlah cuba selepas ini,tandas yang dahulu sakit mata memandang kini sudah boleh ditukar seperti tandas hotel.

Selamat mencuba!

Kredit : Ahmad khairuddin

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More