Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SSPA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Berkuat Kuasa 1 Disember 2024

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kini telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti Perkhidmatan Awam.

Isi Kandungan

Apa Itu SSPA?

SSPA adalah singkatan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan ia merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti Perkhidmatan Awam, menangani isu produktiviti yang rendah dan pendapatan yang tidak seiring dengan kos sara hidup.

Melalui SSPA, Kerajaan akan menaikkan gaji dan dapat membuat pelarasan elaun dengan cekap dan mudah.

Objektif SSPA adalah untuk

  • meningkatkan efisiensi Agensi / Pegawai Awam;
  • mengoptimumkan kos pengurusan;
  • meningkatkan produktiviti Perkhidmatan Awam; dan
  • meningkatkan kesejahteraan Pegawai Awam.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam melibatkan pelbagai kaedah bagi mengumpulkan isu-isu dan cadangan penambahbaikan daripada 229 skim dalam Perkhidmatan Awam.

Sesi Libat Urus (SLU) telah dilaksanakan seawal Ogos 2023 melibatkan Ketua Kelompok bagi enam (6) kelompok Perkhidmatan Awam seperti berikut:

  1. Teknikal.
  2. Pendidikan.
  3. Pengurusan.
  4. Kesihatan.
  5. Keselamatan.
  6. Sains dan Teknologi.

Pegawai Awam yang terlibat dalam SLU berkenaan adalah berjumlah 6,041 orang.

Pecahan peserta mengikut enam (6) kelompok dan juga maklumat mengenai Ketua Kelompok adalah seperti infografik berikut:

SSPA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Berkuat Kuasa 1 Disember 2024 1

Tarikh Rasmi Pelaksanaan SSPA

Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam adalah berteraskan nilai dan prestasi Pegawai Awam dari semasa ke semasa.

SSPA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Berkuat Kuasa 1 Disember 2024 2
SSPA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Berkuat Kuasa 1 Disember 2024 3

Pelaksanaan Pelarasan Gaji, Kenaikan Pangkat & Insentif Berasaskan Prestasi

Pelaksanaan pelarasan gaji hanya terpakai kepada Pegawai yang menerima opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sahaja dan tarikh pelaksanaannya adalah pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan Januari 2026 bagi Fasa 2.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan pelarasan gaji, pelaksanaan kenaikan pangkat untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan insentif berasaskan prestasi untuk Kumpulan Pelaksana adalah seperti infografik berikut:

SSPA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Berkuat Kuasa 1 Disember 2024 4
SSPA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Berkuat Kuasa 1 Disember 2024 5
SSPA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Berkuat Kuasa 1 Disember 2024 6
SSPA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Berkuat Kuasa 1 Disember 2024 7
SSPA

Penambahbaikan Skim Perkhidmatan

Penambahbaikan Skim Perkhidmatan juga akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa apabila Sistem Saraan Perkhidmatan Awam telah berkuat kuasa sepenuhnya nanti.

Antara perkara-perkara penting penambahbaikan dalam Skim Perkhidmatan adalah seperti infografik berikut:

SSPA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Berkuat Kuasa 1 Disember 2024 8
SSPA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Berkuat Kuasa 1 Disember 2024 9
SSPA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Berkuat Kuasa 1 Disember 2024 10

Reformasi Perkhidmatan Awam

3 intipati untuk Reformasi Perkhidmatan Awam (Civil Service Reform) adalah seperti berikut:

Intipati 1Meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan Perkhidmatan Awam.
Intipati 2Meningkatkan kesediaan Penjawat Awam dalam melaksanakan perubahan.
Intipati 3Meningkatkan daya saing negara.

Garis Masa Pelaksanaan SSPA

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberikan pelarasan gaji kepada Penjawat Awam seawal Disember 2024, garis masa pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Tahun 2024 telah dikemaskini dengan sewajarnya.

Garis masa pelaksanaan SSPA yang terkini adalah seperti infografik berikut:

SSPA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Berkuat Kuasa 1 Disember 2024 11

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai SSPA ini, sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam atau laman-laman sosial rasmi seperti berikut:

Untuk makluman, Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kini boleh diakses oleh pengguna.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More