Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong RELA (Semenanjung Malaysia)

Jawatan Kosong RELA kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong RELA

Maklumat Jawatan Kosong RELA yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPembantu Pertahanan Awam Gred KP19
Taraf JawatanCalon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun & Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Kumpulan PerkhidmatanKumpulan Pelaksana
Kementerian / JabatanJabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) (Semenanjung)
Jumlah Kekosongan11
Jumlah Simpanan20
Tarikh Tutup Permohonan20 Ogos 2024
Jawatan Kosong RELA

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong RELA ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan KP19: RM1,360.00); atau
  4. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji Permulaan KP19: RM1,360.00); atau
  5. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan KP19: RM1,416.40); atau
  6. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan KP19: RM1,472.80); dan
  7. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57 m bagi lelaki dan 1.53 m bagi wanita tanpa bersepatu.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita.
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79 sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84 sm (lelaki sahaja).
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Pengambilan Jawatan Kosong RELA (Semenanjung Malaysia) 1

Keperluan tambahan yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi Jawatan Kosong RELA ini adalah seperti berikut:

  • Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 2 adalah dalam bidang Operasi Perkhidmatan Sekuriti.
  • Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 3 adalah dalam bidang Penyeliaan Keselamatan Akuatik dan Penyelamatan ATAU dalam bidang Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 20 Ogos 2024, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Jawatan Kosong RELA (Semenanjung Malaysia) 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong RELA ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong RELA yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More