Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Buasir Semasa Mengandung dan Risiko serta 5 Punca

Buasir semasa mengandung bukan asing bagi kebanyakan wanita. Ia adalah perkara biasa wanita mengandung mendapat buasir disebabkan beberapa faktor mempengaruhi.

Sebab buasir semasa mengandung berlaku apabila terdapat tekanan pada urat di rektum atau dubur. Saluran vena mempunyai injap untuk membantu aliran darah ke jantung. Namun jika injap ini lemah disebabkan tekanan, darah boleh berkumpul di urat. Lama-kelamaan ia boleh membengkak iaitu keadaan yang sama dengan masalah urat simpul.

buasir semasa mengandung
Buasir Semasa Mengandung dan Risiko serta 5 Punca 4

Isi Kandungan

Sebab berlaku buasir semasa mengandung

Jadi, untuk wanita hamil, seperti yang kita tahu mereka mempunyai bebanan tambahan iaitu bayi dalam kandungan yang berada di antara perut dan pelvis. Kesan daripada bebanan ini menyukarkan darah untuk kembali dari bahagian pelvis. 

Hasil dari tekanan itu buasir terjadi. Bahkan ia jadi lebih teruk kerana semasa hamil dan selepas bersalin kebanyakkannya ibu hamil dan selepas bersalin mengalami masalah sembelit. Jadi, bagi wanita yang mengalami buasir semasa hamil, anda lebih berisiko untuk mendapat masalah buasir lebih teruk selepas beranak.

Punca sembelit

Menurut laman Hello Doctor, sembelit semasa mengandung biasanya terjadi disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah:

  • Perubahan yang mempengaruhi sistem pencernaan
  • Perubahan diet semasa kehamilan
  • Kurang bergerak
  • Terlalu banyak zat besi semasa pengambilan supplement
  • Tekanan pada usus kesan tumbesaran bayi dalam kandungan yang menjejaskan penghadaman

Walau bagaimanpun, ia berbeza sebab dan asbab sembelit selepas bersalin. Kebanyakannya berlaku disebabkan oleh trauma kelahiran iaitu jahitan episiotomy. Antara sebab lain pula adalah:

  • Ubat sakit
  • Kombinasi perubahan hormon
  • Dehidrasi
buasir semasa mengandung
Buasir Semasa Mengandung dan Risiko serta 5 Punca 5

Jenis-jenis Buasir

Selain sembelit dan kerap meneran, buasir ketika hamil juga dikaitkan dengan batuk berterusan dan terlalu lama mencangkung di tandas serta pelbagai lagi. Sebelum kita melihat risiko buasir semasa bersalin, apa kata kita kenali terlebih dahulu jenis-jenis buasir. Buasir ada dua jkategori semuanya.

Iaitu buasir dalaman dan luaran. Buasir dalaman ialah buasir terbentuk di bahagian dalam rongga rektum. Manakala buasir luaran pula berlaku di luar atau di pangkal dubur. Selain itu, buasir juga boleh dibahagikan kepada empat gred bergantung kepada keterukan buasir itu.

● Buasir gred satu – berlaku apabila buasir menyebabkan gejala seperti pendarahan tetapi bengkakan tidak terkeluar.

● Buasir gred dua – berlaku apabila buasir akan menonjol keluar semasa membuang air besar, tetapi ia akan masuk semula secara spontan.

● Buasir gred tiga – hampir sama seperti gred dua, tetapi ia perlu dimasukkan semula ke dalam dubur secara manual.

● Buasir gred empat – yang paling teruk di mana apabila ia terkeluar, ia tidak dapat dimasukkan semula ke dalam dubur walaupun ditolak secara manual.

Buasir semasa mengandung

Biasanya wanita mengalami buasir ketika hamil akan hilang selepas bersalin. Namun begitu, tidak semua yang akan hilang, namun ada beberapa keadaan ibu mengandung yang buasir alami selepas bersalin iaitu:

  • Hilang sendiri
  • Kekal sebagai masalah kecil untuk tempoh setahun (1 daripada 7 wanita)
  • Menjadi masalah utama (1 daripada 40 wanita)

Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan daripada dubur, tetapi sebaiknya anda melakukan pemeriksaan doktor jika mengesan ada pengeluaran darah pada bahagian tersebut.

Jangan dibiarkan kerana nanti keadaan menjadi bertambah teruk seperti boleh mengakibatkan pendarahan yang memerlukan kepada pembedahan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh wanita buasir semasa mengandung amalkan supaya buasir tidak menjadi bertambah teruk malah mungkin nasib baik, buasir akan hilang terus. Mudah-mudahan.

Buasir ketika mengandung yang dialami oleh wanita mengandung biasanya tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan. 

Namun ia mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan pada diri ibu itu sendiri. Simptom dan gejala yang akan dialami adalah bergantung pada jenis buasir yang terjadi.

Namun, antara tanda buasir ketika mengandung yang berkemungkinan besar untuk terjadi adalah:

  • Pendarahan- mungkin hanya akan disedari apabila mengelap punggung selepas membuang air besar.
  • Pengerakan usus yang menyakitkan
  • Gatal
  • Sensasi terbakar
  • Bengkak 
buasir semasa mengandung
Buasir Semasa Mengandung dan Risiko serta 5 Punca 6

Cara kurangkan risiko buasir semasa mengandung

Antara cara yang boleh dilakukan bagi kurangkan risiko buasir semasa mengandung adalah seperti berikut:

  1. Tingkatkan Pengambilan Serat: Makan makanan tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, dan kekacang untuk membantu mencegah sembelit.
  2. Minum Banyak Air: Pengambilan air yang mencukupi membantu melembutkan najis dan memudahkan pembuangan air besar, mengurangkan risiko sembelit dan buasir.
  3. Lakukan Senaman Ringan: Selepas mendapat kebenaran daripada doktor, lakukan senaman ringan seperti berjalan untuk membantu merangsang pergerakan usus.
  4. Jangan Tahan Buang Air Besar: Jangan tahan buang air besar apabila terasa hendak melakukannya kerana ini boleh menyebabkan sembelit dan buasir.
  5. Gunakan Rawatan Tempatan: Sekiranya buasir menyebabkan ketidakselesaan, gunakan krim atau suppositori yang disarankan oleh doktor untuk melegakan gejala.
  6. Pakai Pakaian Longgar: Elakkan pakaian yang ketat di bahagian perut dan pelvis, kerana ini boleh meningkatkan tekanan pada kawasan rektum.
  7. Amalkan Posisi Membuang Air Besar yang Betul: Posisi mencangkung semasa membuang air besar boleh membantu mengurangkan ketegangan pada rektum.

Jika buasir semasa mengandung menyebabkan kesakitan yang teruk, berdarah, atau tidak sembuh dalam beberapa minggu, adalah penting untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More