Sumber Rujukan Globalisasi Anda

STR Fasa 3 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 29 Ogos 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan pengkreditan STR Fasa 3 bagi tahun 2024 yang telah diumumkan untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Makluman Pembayaran STR Fasa 3 Bagi Tahun 2024

Kementerian Kewangan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mulai pada 29 Ogos 2024 kepada semua penerima yang berdaftar menerusi pangkalan data bantuan berkenaan.

STR Fasa 3 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 29 Ogos 2024 1
STR Fasa 3 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 29 Ogos 2024 2

Perkara ini dimaklumkan melalui siaran media rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 23 Ogos 2024 (Jumaat).

Sila rujuk kenyataan media rasmi Kementerian Kewangan di bawah untuk dapatkan info yang lebih lanjut.

STR Fasa 3 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 29 Ogos 2024 3
STR Fasa 3 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 29 Ogos 2024 4
STR Fasa 3 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 29 Ogos 2024 5

Kadar Bayaran STR Fasa 3

Kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima-penerima STR Fasa 3 bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

KategoriJumlah Bayaran
Isi Rumah Berpendapatan <RM 2500RM 150 – RM 650
Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 – RM 5000RM 150 – RM 300
Warga Emas Tiada PasanganRM 150
Bujang RM 50

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Jumlah Bayaran STR 2024 anda boleh rujuk DISINI.

Kaedah Pembayaran STR Fasa 3 2024

Pembayaran STR 2024 Fasa 3 mulai dibayar pada 29 Ogos 2024 secara berperingkat.

 Kaedah pembayaran adalah melalui

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan; atau
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi penerima sedia ada, pengkreditan bayaran ke akaun masing-masing & bayaran secara tunai (termasuk di Sabah & Sarawak) adalah mulai 29 Ogos 2024 manakala bagi penerima baharu / rayuan, bayaran akan dikreditkan dan dibayar mulai 18 September 2024.

Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan dan hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian tersebut.

STR Fasa 3 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 29 Ogos 2024 6
Sumber Rasmi: BSN Malaysia

Semakan Status Kelulusan STR Fasa 3 Tahun 2024

Semakan status kelulusan STR bagi tahun 2024 dan jumlah bayaran yang akan diterima boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal STR 2024.
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Tekan butang ‘Semakan Permohonan’.
  4. Status kelulusan akan dipaparkan sama ada Lulus atau Tidak Lulus.

Penerima bayaran STR 2024 Fasa 3 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang diterima dan berstatus Lulus.

Anda juga boleh merujuk infografik di bawah untuk membuat semakan status kelulusan STR Fasa 3 yang akan dibayar.

STR Fasa 3 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 29 Ogos 2024 7
STR Fasa 3 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 29 Ogos 2024 8
STR Fasa 3 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 29 Ogos 2024 9
STR Fasa 3 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 29 Ogos 2024 10

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan STR Fasa 3 ini, sila rujuk pautan-pautan berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More