Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Tahun 2024

Berikut adalah tarikh dan jadual peperiksaan rasmi Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) bagi tahun 2024 untuk makluman semua calon-calon yang terlibat, guru-guru dan ibu bapa.

Isi Kandungan

Apa Itu Penilaian Sekolah Rendah Agama?

Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) merupakan ujian yang dijalankan di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi seluruh Selangor.

Ujian PSRA ialah satu peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ujian PSRA ini adalah berbeza sama sekali dengan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) kerana UPKK adalah merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan ia dijalankan ke atas semua pelajar darjah 5 di sekolah KAFA seluruh Malaysia.

Subjek / Bidang PSRA

Skop sukatan pelajaran PSRA bermula dari darjah 4 hingga darjah 6 sahaja. Bidang yang dinilai adalah:

  • Al-Quran dan Hafazan
  • Akhlak / Sirah
  • Tajwid
  • Tauhid / Feqah
  • Bahasa Arab
  • Jawi, Khat

Bentuk Penilaian PSRA

Dari segi pemarkahan dalam setiap subjek pula, markah akan diberikan berdasarkan pangkat seperti yang berikut:

PenilaianMaksud
MumtazCemerlang
Jayyid JiddanSangat Baik
JayyidBaik
MaqbulLulus
MusaadahPerlu Bimbingan

Pelajar yang lulus dengan Cemerlang (Mumtaz) di dalam PSRA berpeluang untuk menyambung pengajian ke:

  • Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS).
  • Sekolah-Sekolah Agama Menengah (SABK) Negeri Selangor.

Keputusan UPKK dan PSRA yang baik akan membantu para pelajar untuk mendapat peluang yang lebih baik untuk mendapat tempat di Sekolah Menengah Agama (SMA) Tingkatan 1 di Negeri Selangor.

Tarikh Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama 2024

Tarikh rasmi ujian PSRA bagi tahun 2024 / 1446 H yang telah diumumkan oleh JAIS adalah bermula pada 21 Oktober 2024 sehingga 25 Oktober 2024.

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Tahun 2024 1

Jadual Waktu Penilaian Sekolah Rendah Agama 2024

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan PSRA yang rasmi yang telah dikeluarkan dan diumumkan oleh JAIS.

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Tahun 2024 2

Pada jam 2.30 hingga 2.40 petang (iaitu selama 10 minit sebelum setiap peperiksaan), ketua pengawas akan memberi penerangan kepada calon dan mengarahkan calon mengisi maklumat pada kertas peperiksaan.

TarikhKod KertasMata PelajaranMasa Peperiksaan
21 Oktober 2024
(Isnin)
AS01Akhlak & Sirah2.40 Petang – 4.10 Petang
(1 Jam 30 Minit)
22 Oktober 2024
(Selasa)
BA02Al-Lughatul Al-Arabiah2.40 Petang – 4.25 Petang
(1 Jam 45 Minit)
23 Oktober 2024
(Rabu)
TF04Tauhid & Feqah2.40 Petang – 4.10 Petang
(1 Jam 30 Minit)
24 Oktober 2024
(Khamis)
TJ05Tajwid2.40 Petang – 4.25 Petang
(1 Jam 45 Minit)
25 Oktober 2024
(Jumaat)
JIK03Jawi, Imlak & Khat2.40 Petang – 4.10 Petang
(1 Jam 30 Minit)

Pendaftaran Calon PSRA

Borang permohonan calon PSRA boleh dimuat turun terus dari laman web JAIS pada pautan berikut: 

>>>Pendaftaran Calon PSRA<<<

Semakan Keputusan Ujian PSRA

Semakan keputusan ujian PSRA akan diumumkan dan dikemaskini oleh JAIS dan semakan boleh dibuat pada Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan JAIS (PAUTAN AKAN DIKEMASKINI) dari semasa ke semasa.

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Tahun 2024 3

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama 2024 ini, sila hubungi saluran-saluran berikut:

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Bahagian Pendidikan Islam,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Tingkat 2 & 3 Menara Utara,
No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam Selangor

  • Email: [email protected]
  • Tel: 03 – 5514 3400 samb. 2037 / 2050 (Kaunter)
  • Fax: 03 – 5512 3035 / 5510 5053

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More