16 Golongan Berisiko Dapat Kemurungan.
Golongan berisiko dapat kemurungan adalah ramai. Mungkin anda? saya? atau sesiapa sahaja pasti terdedah dengan kemurungan jika tidak mampu mengawal emosi dengan sebaiknya.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah ser ta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun.
Isi Kandungan
Penyebab dan punca kemurungan
Mengapa begitu ramai golongan berisiko dapat kemurungan? Sebab punca dan sebab untuk dapatkan kemurungan juga banyak. Mari kita tengok terlebih dahulu punca terjadinya kemurungan sebelum pergi kepada golongan berisiko dapat kemurungan.
- Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)
- Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya
- Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial
- Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan.Walaubagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan
- Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan
- Corak pemikiran : terdapat corak ter tentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.
- Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal.
- Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit serius/ tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut.
- Kehilangan orang yang disayangi, dan
- Baru melahirkan anak
Tanda dan gejala kemurungan
Tanda-tanda dan gejala kemurungan juga terdapat banyak. Jadi golongan berisiko dapat kemurungan perlu teliti juga tanda ini ke tidak ya. Berikut adalah di antaranya:
- Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
- Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
- Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
- Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
- Perasaan bersalah
- Rasa diri tidak berguna
- Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
- Hilang selera makan dan penurunan berat badan
- “Rasa lebih baik mati”, kadangkala diser tai dengan percubaan bunuh diri
- Rasa tidak tenteram dan mudah marah
- Kurang daya tumpuan dan ingatan
- Sukar membuat keputusan
- Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman
- Kurang nafsu seksual
- Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
- Mudah cemas atau fobia
16 golongan berisiko dapat kemurungan
Berikut disenaraikan 16 golongan yang berisiko dapat kemurungan.
- Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan
- Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hiper tensi, Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan)
- Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba
- Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba
- Perceraian
- Masalah rumahtangga
- Masalah keluarga
- Penyalahgunaan dadah dan arak
- Pengambilan ubat-ubatan ter tentu
- Mangsa penderaan
- Tekanan di tempat kerja
- Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak
- Kecenderungan mudah risau atau bimbang
- Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)
- Krisis ekonomi
Penutup
Justeru, bagi yang merasakan ada tanda-tanda seperti dinyatakan di atas serta termasuk dalam golongan berisiko dapat kemurungan, mohon jangan malu jangan segan, segeralah ke hospital untuk berjumpa pakar. Ingat, penyakit mental seperti kemurungan ini bukannya gila ya. Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif dari, kaunseling, penggunaan ubat ‘Anti-depressant’, terapi elektrokonvulsif (ECT) dan psikoterapi.