i-MULA 50: Pelan Insurans Hayat Mampu Milik Bersubsidi
Berikut dikongsikan mengenai satu inisiatif baharu berkaitan dengan insurans yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan, iaitu i-MULA 50.
Isi Kandungan
Apa Itu i-MULA 50?
i-MULA 50 ialah program Starter Pack Insurance Fund (SPIF), yang dimulakan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia atau Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), dengan kerjasama syarikat ahli LIAM yang mengambil bahagian.
Dana sebanyak RM5 juta ditubuhkan bagi menggalakkan belia, keluarga muda dan pembeli kali pertama membeli perlindungan insurans hayat.
Inisiatif subsidi ini menawarkan subsidi sebanyak RM50 untuk setiap polisi insurans hayat yang layak untuk menjadikan pembelian insurans yang lebih berpatutan.
Siapakah Yang Layak Untuk Mendapatkan Inisiatif Subsidi i-MULA 50 Ini?
Inisiatif ini adalah untuk anda, terutamanya jika anda adalah:
- Anak muda Malaysia.
- Membina keluarga.
- Merancang untuk mendapatkan insurans hayat.
Subsidi Yang Ditawarkan & Jenis Produk Insurans Yang Layak
i-MULA 50 menawarkan subsidi RM50 untuk setiap polisi insurans hayat yang layak untuk menjadikan pembelian insurans lebih berpatutan.
Produk yang layak termasuk pelan insurans yang ringkas, mampu milik dan mudah difahami seperti
- produk Perlindungan Tenang,
- produk insurans premium mikro / rendah, dan
- produk sedia ada yang disesuaikan.
Perlindungan insurans di bawah i-MULA 50 termasuklah
- manfaat kematian,
- hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD),
- penyakit kritikal,
- perbelanjaan perubatan, dan
- pendapatan hospital.
Keperluan & Butiran Perlindungan
Keperluan dan butiran perlindungan untuk produk bersubsidi di bawah i-MULA 50 ini adalah seperti berikut:
Cara Menebus Subsidi RM50
Program i-MULA 50 akan bermula pada 28 Ogos 2024 dan akan diteruskan sehingga dana RM5 juta digunakan sepenuhnya.
Jika anda berminat dan ingin mendapatkan subsidi RM50 ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1 | Lawati laman web LIAM atau syarikat insurans hayat yang mengambil bahagian dan pilih bahagian i-MULA 50. |
Langkah 2 | Pilih produk i-MULA 50 pilihan anda, hubungi syarikat insurans, dan berikan butiran yang diperlukan untuk meneruskan. |
Langkah 3 | Nota: Premium tahunan untuk produk bersubsidi ini mesti berada dalam lingkungan RM75 hingga RM600 untuk memastikan kemampuan. Premium minimum RM25 diperlukan untuk menerima RM50. Hubungi syarikat insurans anda untuk butiran lanjut. |
Subsidi RM50 ini adalah eksklusif untuk polisi baharu di bawah i-MULA untuk berprogram dan tidak boleh digunakan untuk pembaharuan pelan bukan i-MULA 50 sedia ada.
Setiap ahli keluarga berhak untuk mendapatkan satu polisi insurans hayat bersubsidi, menggalakkan penyertaan awal yang meluas.
Syarikat Penyedia Insurans Yang Terlibat
Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah seperti berikut:
Syarikat | Insurans |
---|---|
Allianz Malaysia | 1. Allianz 1Cover 2. Allianz Boleh Cover 3. A – Z Protect 4. Allianz Kasih4All |
Etiqa Life Insurance | 1. e Cancer Care 2. Ezy-Secure Term Life Insurance 3. Etiqa Term plus – Life & TPD 4. Etiqa Critical Care Plus |
FWD Insurance BSN | 1. Qaseh Bakti Plus |
Generali Insurance Malaysia | 1. eLife Protector+ 2. eMedic Plus 3. eCritical Early Care 4. ValuePac 5. Life 80 6. WholeLifeCare 7. AFFIN EZ Protect 8. SMEveryone Protect |
Great Eastern Insurance | 1. Group Multiple Benefits Insurance Scheme Simplified Underwriting (Available Online) 2. Group Multiple Benefits Insurance Scheme (Available via Group Agent Distribution) |
Hong Leong Assurance | 1. Active Lifestyle Protector 2. CI Shield 5 |
Manulife Malaysia | 1. PHM Prime Life 48 |
Prudential plc | 1. PRUGuard Family 2. PRUCare Family 3. PRUKasih Aman |
Sun Life Malaysia | 1. GOLife |
Tokio Marine Insurance Group | 1. TokioMarine – Perlindungan Hero 2. TokioMarine E-ssential Tenang/ Tenang Plus |
Zurich Malaysia | 1. Zurich MediCash 2. Zurich 3asyCare 3. Zurich Direct Term |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan i-MULA 50 ini, sila layari laman web LIAM atau syarikat-syarikat penyedia insurans yang mengambil bahagian.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!