Doa Abu Darda, Perlindungan Daripada Sebarang Malapetaka
Berikut dikongsikan mengenai kisah doa abu darda yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Isi Kandungan
Kisah Doa Abu Darda Untuk Menyelamatkan Diri & Harta Dari Terbakar
Thalhah R.A meriwayatkan,
”Seorang telah datang kepada Abu Darda R.A dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar.”
Kemudian, datang seorang lagi lelaki dan memberitahu bahawa rumah Abu Darda terbakar.
Sejurus selepas itu, datang lagi orang lain dan memberitahu hal yang sama, malah jawapan Abu Darda sama seperti sebelum ini.
Kali keempat datang seorang yang lain dan berkata:
“Wahai Abu Darda, api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah kamu, ia telah padam.”
Abu Darda menjawab:
“Saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan membakar rumah saya kerana Rasulullah SAW telah mengajar saya satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala sehingga waktu petang. Maka saya yakin rumah saya tidak akan terbakar.”
Zikir / Doa Yang Dibaca Oleh Abu Darda
Menurut Imam Nawawi dalam kitab beliau al-Azkar, Abu ad-Darda diberitahu bahawa rumahnya terbakar, namun beliau menegaskan bahawa rumahnya tidak terbakar.
Abu Darda menyatakan bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda bahawa sesiapa yang membaca kalimat zikir / doa ini pada awal hari, maka dirinya, keluarganya dan hartanya tidak akan ditimpa mudharat hingga ke petang. Dan sesiapa yang membaca kalimat zikir / doa ini pada akhir hari, maka dirinya, keluarganya dan hartanya tidak akan ditimpa mudharat hingga ke pagi hari.
Kalimat zikir / doa Abu Darda adalah seperti berikut:
Maksudnya: “Ya Allah! Engkaulah Tuhan tiada tuhan selain Engkau. Ke atasMu aku bertawakkal dan Engkau pemilik A’rash yang agung. Apa yang Allah kehendaki pasti berlaku dan apa yang Allah tidak kehendaki tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi dan agung. Aku mengetahui bahawa Allah berkuasa atas setiap sesuatu dan Allah telah meliputi segalanya akan ilmu. Ya Allah! Aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku dan daripada kejahatan segala makhluk yang mana Engkau memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
Ilmu Itu Dengan Belajar
Abu Darda R.A merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW yang sangat tinggi keislamannya. Malah, beliau juga merupakan ahli hikmah yang besar pada zamannya.
Kata-katanya sentiasa terselit mutiara nasihat yang indah-indah agar kita sentiasa kembali kepada Islam dan mengingati Allah SWT.
Walaupun terdapat kekurangan dalam periwayatan kisah Doa Abu Darda, namun tidak menjadi kesalahan untuk kita beramal dengan Doa Abu Darda ini. Ini kerana, ia tidak bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Syaratnya, kita tidak boleh menyandarkan doa ini kepada Abu Darda apatah lagi kepada Rasulullah SAW, serta kita juga tidak boleh berkeyakinan dengan kelebihan doa ini.
Kita bebas untuk berdoa dan memohon apa sahaja kepada Allah SWT dan yang paling penting adalah kita berdoa dalam keadaan yakin bahawa doa kita akan termakbul seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda,
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
Maksudnya: “Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.”Hadis Riwayat At-Tirmizi
Daripada Abu Darda R.A, Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh itu dengan tafaqquh (memahaminya).”
Hadis Riwayat Al-Tabarani
Setiap umat Islam dituntut untuk berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT dalam setiap pekerjaan serta perbuatan yang dilakukan.
Namun, ia tidak akan sempurna tanpa doa.
Doa ialah untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah SWT.
Dengan berusaha, kita dapat melaksanakan sebaik tadbir tetapi dengan berdoa kita mengharapkan sebaik takdir.
Apabila bergabung tadbir dan takdir yang baik, inshaAllah kita akan berubah ke arah yang lebih baik.
Selain Doa Abu Darda, Doa Nabi Sulaiman juga boleh dijadikan sebagai amalan doa harian kita untuk pelindung diri dan untuk memohon kekayaan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan seterusnya dijadikan panduan untuk kita semua dalam meningkatkan amal ibadah dan menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan berdoa kepada Allah SWT pada setiap hari!
Selamat beramal!