Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Biasiswa PAM Agrow (Yayasan Canone Kianjoo) Tahun 2024

Berikut adalah info mengenai permohonan Biasiswa PAM Agrow (Yayasan Canone Kianjoo) Scholarship Award bagi tahun 2024.

Isi Kandungan

Mengenai Biasiswa PAM Agrow

Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) memanjangkan jemputan kepada semua pelajar yang layak daripada program Seni Bina di Malaysia untuk memohon Biasiswa PAM Agrow (Yayasan Canone Kianjoo) Scholarship Award 2024.

Peluang biasiswa ini disediakan khusus kepada Ahli Pelajar Malaysia dan PAM yang sedang mengikuti pengajian program Diploma Seni Bina.

Biasiswa PAM Agrow (Yayasan Canone Kianjoo) Tahun 2024 1

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat Permohonan Biasiswa PAM Agrow (Yayasan Canone Kianjoo) bagi tahun 2024 yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Biasiswa ini terbuka kepada Ahli Pelajar PAM yang mengikuti Program Seni Bina (Bahagian 1) daripada sekolah bertauliah LAM di Malaysia.
  2. Biasiswa ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Biasiswa PAM Agrow (Yayasan Canone Kianjoo) bagi tahun 2024 kini dibuka sehingga 22 September 2024 dan permohonan boleh dibuat pada Borang Permohonan seperti pada pautan berikut:

>>>Borang Permohonan Biasiswa PAM Agrow (Yayasan Canone Kianjoo) Tahun 2024<<<

Penyerahan Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dibuat dalam Format Digital dan dihantar melalui e-mel kepada [email protected] sebelum tarikh tutup permohonan.

Sebarang permohonan yang tidak diluluskan oleh Ketua Sekolah dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sila sertakan dokumen sokongan pendapatan isi rumah.

Calon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temuduga.

Dokumen Sokongan

Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut bersama-sama Borang Permohonan, iaitu:

  1. Borang Permohonan.
  2. 1 Keping Gambar Saiz Berukuran Pasport.
  3. Curriculum Vitae (CV) / Resume.
  4. Transkrip Akademik (Semester Terkini).
  5. Dokumen Sokongan (Sijil, Surat, Portfolio, Pendapatan Isi Rumah, Aktiviti Kurikulum atau Apa-apa Dokumen Berkaitan Permohonan).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Biasiswa PAM Agrow (Yayasan Canone Kianjoo) ini, sila rujuk portal rasmi Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) atau terus hubungi 03 – 2202 2866 / 013 – 6855 538.

Biasiswa PAM Agrow (Yayasan Canone Kianjoo) Tahun 2024 2
Biasiswa PAM Agrow (Yayasan Canone Kianjoo) Tahun 2024 3

Selain itu, terdapat juga biasiswa dan bantuan pendidikan lain seperti

yang kini sedang dibuka. Sila rujuk tarikh tutup permohonan terlebih dahulu pada artikel berkaitan sebelum membuat sebarang permohonan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More