Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2024
Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Pembantu Perikanan Gred G19 |
Taraf Jawatan | Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun & Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap |
Jumlah Kekosongan | 10 Semenanjung: 7 Sarawak: 3 |
Jumlah Simpanan | 60 Semenanjung: 40 Sarawak: 20 |
Kumpulan Perkhidmatan | Pelaksana |
Kementerian / Jabatan | Jabatan Perikanan Malaysia (Semenanjung Dan Sarawak) |
Tarikh Tutup Permohonan | 19 September 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).
- Terbuka kepada calon anak negeri Sarawak bagi lokaliti Sarawak.
- Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang-bidang seperti berikut:
Senarai Keperluan Bidang SKM Bagi Calon SPM Yang Memiliki SKM Tahap 2 | 1. Pembantu Nakhoda Teknologi Perikanan Tangkapan. 2. Operasi Akuakultur Marin. 3. Juruteknik Rendah Perikanan. 4. Pembantu Nakhoda Pukat Jerut. 5. Juruteknik Rendah Akuakultur. |
Senarai Keperluan Bidang SKM Bagi Calon SPM Yang Memiliki SKM Tahap 3 | 1. Nakhoda Teknologi Perikanan Tangkapan Persisir. 2. Penyeliaan Operasi Akuakultur Marin. 3. Juruteknik Perikanan. 4. Nakhoda Pukat Jerut. 5. Juruteknik Akuakultur (Marin). 6. Juruteknik Akuakultur (Ikan). 7. Juruteknik Akuakultur (Moluska). 8. Operasi Teknologi Perikanan Tangkapan. 9. Operasi Perikanan Tangkapan. |
Senarai Keperluan Bidang Bagi Calon SVM | 1. Mekanisasi Agro. 2. Akuakultur. 3. Perikanan Tangkapan. |
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 19 September 2024, jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong DBKL September 2024,
- Jawatan Kosong Kementerian Komunikasi 2024,
- Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) September 2024,
- Jawatan Kosong Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka 2024,
- Jawatan Kosong TNB September 2024,
- Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya Malaysia September 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.