Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ajar Anak Anda Mengenai Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat

Berikut dikongsikan info penting tentang sentuhan selamat dan tidak selamat yang perlu diketahui dan diambil cakna oleh semua ibu bapa dan kanak-kanak.

Isi Kandungan

Apa Itu Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat?

Sentuhan selamat adalah bentuk interaksi fizikal yang tidak menyakiti emosi atau tubuh seseorang. 

Manakala, sentuhan tidak selamat pula adalah bentuk sentuhan yang menyebabkan ketidakselesaan, ketakutan atau kesakitan.

Sentuhan selamat biasanya berlaku dalam konteks kasih sayang dan kepercayaan, seperti pelukan daripada ahli keluarga atau tepukan lembut di bahu untuk memberikan semangat.

Sentuhan selamat akan memberikan rasa selesa, dipercayai, dan selamat kepada anak-anak. Sentuhan selamat juga akan menguatkan hubungan positif dan membantu perkembangan emosi kanak-kanak.

Sebaliknya, sentuhan tidak selamat pula termasuklah apa-apa jenis sentuhan yang melanggar privasi atau membuatkan seseorang itu merasa tidak selesa. 

Kanak-kanak harus diajar untuk mengenali dan menghindari sentuhan tidak selamat tidak kira dengan sesiapa pun yang melakukannya. 

Antara sentuhan tidak selamat termasuklah seseorang yang cuba menyentuh bahagian peribadi / sulit pada tubuh tanpa persetujuan atau menyentuh dengan niat yang tidak baik.

Justeru, penting untuk ibu bapa ajarkan anak-anak mereka mengenai sentuhan selamat dan tidak selamat ini daripada mereka kecil lagi.

Ajar Anak Anda Mengenai Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat 1

Zon Tubuh Dilarang Sentuh

Sebagai ibu bapa, anda perlu memberitahu anak-anak anda mengenai zon tubuh yang dilarang untuk disentuh. Berikut adalah zon tubuh dilarang sentuh, iaitu:

  • Mulut
  • Kawasan Antara Peha
  • Punggung
  • Dada
  • Bahagian Kemaluan

Menurut Public Health Malaysia secara saintifik, bahagian tubuh seperti mulut, celah peha, punggung, dada dan bahagian kemaluan mengandungi banyak reseptor sensitif yang menjadikannya lebih peka terhadap rangsangan.

Dari perspektif neurologi, sentuhan pada kawasan-kawasan yang kaya dengan reseptor saraf ini boleh mempengaruhi emosi iaitu dapat mencetuskan rasa emosi yang kuat kepada kanak kanak.

Walaupun kanak-kanak belum matang secara seksual, sistem saraf mereka masih berfungsi dan mampu merespon terhadap rangsangan di kawasan-kawasan yang sensitif.

Lebih membimbangkan jika sentuhan ini dilakukan berulang kali, ia boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi keliru mengenai batasan fizikal dan sentuhan yang sihat.

Kesan jangka panjang yang lebih berbahaya termasuk kemungkinan kanak-kanak menjadi ketagih terhadap sensasi yang dihasilkan oleh sentuhan tersebut, walaupun mereka mungkin tidak memahami implikasinya.

Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan grooming (proses di mana pemangsa secara perlahan-lahan membiasakan kanak-kanak dengan sentuhan yang tidak sesuai).

Ajar Anak Anda Mengenai Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat 2
Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat

Jika ada sesiapa yang menyentuh anak anda pada zon tubuh dilarang sentuh tersebut, anda perlu mengajar mereka untuk berbuat perkara seperti demikian:

  • Jerit JANGAN dengan kuat.
  • LARI ke tempat yang ramai orang.
  • BERITAHU orang yang dipercayai. 
Ajar Anak Anda Mengenai Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat 3
Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat

Tips Keselamatan Anak Ketika Di Luar Rumah

Berikut adalah beberapa panduan dan tips keselamatan yang boleh diamalkan oleh anak-anak dan ibu bapa ketika berada di luar rumah, iaitu:

Elakkan BerseoranganJangan biarkan anak anda berjalan berseorangan terutamannya pada waktu malam atau pun di tempat-tempat yang sunyi dan gelap.
Pakaian Berwarna Terang & SelesaPakaikan anak anda dengan pakaian yang terang dan bersesuaian ketika keluar dari rumah. Pakaian yang seksi dan terdedah boleh mengundang minat kepada penjenayah.
Penggunaan Barang KemasJika boleh, elakkan untuk memakaikan barang kemas yang berlebihan dan jangan mendedahkan barang kemas di khalayak ramai.
Sentiasa Memerhati Keadaan SekelilingPantau pergerakan anak anda dan jangan biarkan mereka berkeliaran. Pastikan mereka sentiasa berada di hadapan anda.
Kunci KeretaPastikan anda sentiasa membawa anak bersama dan pastikan pintu kereta sentiasa berkunci walaupun anda hanya keluar sebentar untuk membayar duit di kaunter stesen minyak.
Tarik PerhatianAnda boleh menyuruh anak anda membawa wisel atau menjerit sekuat hati sekiranya diganggu atau rasa terancam.
Nombor TelefonBiasakan anak anda untuk membawa kad nama ibu bapa yang lengkap dengan nombor untuk dihubungi.
Jangan PanikAjar anak anda supaya tidak panik dan tidak menunjukkan rasa takut serta elakkan daripada meminta pertolongan daripada orang tidak dikenali yang mencurigakan.
Gambar AnakSentiasa membawa gambar terkini anak anda ketika keluar dari rumah supaya ia dapat memudahkan dan mempercepatkan pihak berkuasa dan orang awam di tempat kejadian untuk proses mengecam wajah anak anda jika berlaku kehilangan.
Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat
Ajar Anak Anda Mengenai Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat 4
Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat
Ajar Anak Anda Mengenai Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat 5
Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat

Sebagai ibu bapa, jangan ambil mudah mengenai sentuhan selamat dan tidak selamat yang perlu diajarkan kepada anak-anak ini kerana ia bukan sahaja untuk melindungi mereka daripada potensi bahaya, malah ia juga boleh membina keyakinan diri dan pemahaman mereka terhadap hak tubuh mereka sendiri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana!

Artikel Berkaitan: Bahaya Pemangsa Pedofilia, Sentiasalah Awasi Keadaan Anak-Anak Kita!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More