Pengambilan Tetap Pelbagai Jawatan Kosong FRIM Tahun 2024
Jawatan Kosong FRIM kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong FRIM
Maklumat Jawatan Kosong FRIM yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|
Pegawai Tadbir Gred N41 | Tetap | 1 | RM2,080.00 – RM9,546.00 | 27 September 2024 |
Akauntan Gred WA41 | Tetap | 1 | RM2,820.00 – RM9,585.00 | 27 September 2024 |
Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 | Tetap | 8 | RM1,496.00 – RM5,676.00 | 27 September 2024 |
Pembantu Taman / Ladang Gred G19 | Tetap | 1 | RM1,357.00 – RM4,008.00 | 27 September 2024 |
Pembantu Kemahiran Gred H19 | Tetap | 7 | RM1,377.00 – RM4,052.00 | 27 September 2024 |
Pembantu Operasi Gred N11 | Tetap | 2 | RM1,216.00 – RM2,983.00 | 27 September 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong FRIM ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Tadbir Gred N41
Calon lantikan Jawatan Kosong FRIM hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43);dan
- Calon lantikan Pegawai Tadbir Gred N41 hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia.
Jawatan Akauntan Gred WA41
Calon lantikan Jawatan Kosong FRIM hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00); atau
- Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiaf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00); dan
- Calon lantikan Akauntan Gred WA41 hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia.
Jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
Calon lantikan Jawatan Kosong FRIM hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00); atau
- Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00); atau
- Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00); atau
- Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,774.37); atau
- Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,849.57); atau
- Diploma Sains Veterinar / Haiwan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,924.77); dan
- Calon lantikan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia.
Jawatan Pembantu Taman / Ladang Gred G19
Calon lantikan Jawatan Kosong FRIM hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80); dan
- Calon lantikan Pembantu Taman / Ladang Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia.
Jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19
Calon lantikan Jawatan Kosong FRIM hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24); dan
- Calon lantikan Pembantu Kemahiran Gred H19 hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia.
Jawatan Pembantu Operasi Gred N11
Calon lantikan Jawatan Kosong FRIM hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
- PT3 / PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15); dan
- Calon lantikan Pembantu Operasi Gred N11 hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3 / PMR.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui Borang Permohonan Pekerjaan Di FRIM sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 27 September 2024 (Jumaat).
Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia September 2024,
- Jawatan Kosong UTHM September 2024,
- Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong FRIM yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.