Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Tahun 2024
Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya
Maklumat Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Jumlah Kekosongan | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|
Pegawai Perubatan (Contract For Service) Gred UD54 | Kontrak | 1 | 1 Oktober 2024 |
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 | Kontrak | 2 | 1 Oktober 2024 |
Juruteknik Komputer Gred FT19 | Kontrak | 1 | 1 Oktober 2024 |
Pembantu Tadbir Gred N19 | Kontrak | 1 | 1 Oktober 2024 |
Pemandu Kenderaan Gred H14 | Tetap | 1 | 1 Oktober 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.
- Keutamaan diberikan kepada anak negeri Selangor atau ibu / bapa yang dilahirkan di Selangor.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara online. Sila muat turun Manual Tatacara Permohonan Jawatan Kosong sebelum membuat permohonan.
Permohonan yang memiliki syarat-syarat yang dikehendaki sahaja akan dipertimbangkan dan hanya calon-calon yang lulus tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
Pihak MBSJ akan menghantar e-mel kepada calon-calon yang telah disenarai pendek bagi mengemukakan 1 Salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran calon dan ibubapa.
- Salinan Sijil berhenti Sekolah Rendah, Menengah dan Sijil-Sijil yang berkaitan.
- Salinan Kelulusan Akademik SRP / PMR, SPM / SPVM, STPM, STAM, Sijil-Sijil, Diploma atau Ijazah (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Sijil / Diploma / Ijazah dari IPTS dan luar negara – (jika yang berkenaan).
- Transkrip Keputusan Peperiksaan Semua Semester – (jika yang berkenaan).
- Borang Pemastautin daripada Penghulu Setempat (sekiranya tuan / puan, ibu / bapa bukan Anak Selangor).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong FAMA September 2024,
- Jawatan Kosong FRIM September 2024,
- Jawatan Kosong KPBKL September 2024,
- Jawatan Kosong JPN September 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.