Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Belanjawan 2025: Tarikh, Tema & Teras Utama Kerangka Ekonomi

Berikut dikongsikan sedikit info terkini mengenai pembentangan Belanjawan 2025 untuk makluman semua rakyat Malaysia diluar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu Belanjawan 2025?

Belanjawan 2025 adalah Belanjawan Ke-3 yang akan dibentangkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Belanjawan adalah sebuah dokumen yang disediakan oleh Kerajaan yang menerangkan jumlah wang yang akan digunakan pada setiap tahun.

Segala hasil yang diperoleh oleh Kerajaan dalam bentuk

  • cukai,
  • royalti petroleum, dan
  • duti eksais

akan dibelanjakan bagi menampung keperluan rakyat seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pekerjaan, pertahanan dan pembangunan negara.

Di Parlimen, Belanjawan dirujuk sebagai Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan. RUU ini mengandungi butiran dan anggaran belanja bagi semua Kementerian, Program Kerajaan dan Perjawatan.

Ekonomi MADANI yang diluncurkan pada 27 Julai 2023 ini merupakan kerangka utama ekonomi negara dalam jangka sederhana dengan tumpuan menstruktur semula ekonomi Malaysia ke arah aktiviti bernilai tambah tinggi, lebih berdaya saing dan lestari.

Kerangka ini juga bertujuan untuk memastikan kemakmuran ekonomi yang diraih dapat diterjemahkan kepada peningkatan kualiti dan taraf hidup rakyat.

Dasar ekonomi yang jelas dan pembaharuan awal telah menyumbang kepada momentum pertumbuhan ekonomi.

Justeru, Belanjawan 2025 menyasarkan untuk terus meningkatkan perkembangan positif ini dan memacu pembaharuan ke arah merealisasi hasrat Ekonomi MADANI.

Belanjawan 2025: Tarikh, Tema & Teras Utama Kerangka Ekonomi 1

Tarikh Pembentangan

Kerajaan akan membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada 18 Oktober 2024 (Jumaat).

Perkara ini turut disahkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi sidang akhbar.

“Sidang Parlimen pada bulan Oktober akan bermula pada 14 Oktober dan Belanjawan 2025 akan dibentangkan pada 18 Oktober. Ini tarikh yang ada pada waktu ini, sekiranya ada apa-apa perubahan kita akan maklumkan.”

Fahmi Fadzil

Belanjawan 2025: Tarikh, Tema & Teras Utama Kerangka Ekonomi 2

Tema Belanjawan 2025

Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 yang berlangsung pada 9 Julai 2024 merupakan titik permulaan Kerajaan untuk mengambil maklum balas serta cadangan daripada semua lapisan masyarakat bagi merangka Belanjawan Negara.

Selaras dengan tema, 

“Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”, 

Belanjawan 2025 merupakan kesinambungan kepada Ekonomi MADANI, sebuah kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia yang berhasrat untuk menaikkan siling potensi ekonomi negara dan lantai mutu kehidupan rakyat.

Belanjawan 2025: Tarikh, Tema & Teras Utama Kerangka Ekonomi 3

Bagi menjayakan reformasi ekonomi negara, Belanjawan 2025 juga akan menumpu kepada usaha penambahbaikan tatakelola untuk meningkatkan kecekapan sektor awam dan menoktahkan budaya rasuah.

Kementerian Kewangan akan menyelaras penglibatan menyeluruh pihak berkepentingan dan orang awam untuk mendapatkan input Belanjawan selaras dengan keutamaan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Kerajaan komited untuk menterjemah input yang diterima ke dalam Belanjawan 2025 terutamanya yang dapat menyokong kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat serta tatakelola yang lebih baik.

Teras Utama Kerangka Ekonomi

Belanjawan 2025 akan memberi tumpuan kepada tiga (3) teras utama kerangka Ekonomi MADANI iaitu:

Menaikkan SilingTeras ini bertujuan untuk menstruktur semula ekonomi dan meningkatkan daya saing negara bagi meletakkan Malaysia menjadi peneraju ekonomi rantau Asia.
Menaikkan LantaiTeras ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dengan memastikan kesaksamaan peluang, taraf hidup yang baik dan perlindungan sosial untuk semua.
Tatakelola Baik Dan Reformasi Sektor AwamTeras ini bertujuan untuk mengutama aspek ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti dalam Kerajaan, supaya matlamat yang digariskan Malaysia dapat dicapai.

Kerangka ini meletakkan asas kepada enam (6) nilai MADANI yang didukung Kerajaan iaitu:

  1. Kemampanan.
  2. Kesejahteraan.
  3. Nilai Hormat.
  4. Daya Cipta.
  5. Keyakinan.
  6. Ihsan.
Belanjawan 2025: Tarikh, Tema & Teras Utama Kerangka Ekonomi 4
Belanjawan 2025: Tarikh, Tema & Teras Utama Kerangka Ekonomi 5

Kejayaan Awal Menuju Belanjawan 2025

Berikut adalah antara kejayaan awal Kerajaan MADANI menuju Belanjawan MADANI 2025 yang akan diadakan tidak lama lagi, iaitu:

Belanjawan 2025: Tarikh, Tema & Teras Utama Kerangka Ekonomi 6

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau anda mempunyai sebarang cadangan atau pendapat untuk Belanjawan 2025 ini, sila utarakan cadangan atau pendapat anda pada Laman Web Khas Belanjawan Kementerian Komunikasi atau terus scan kod QR pada poster berikut:

Belanjawan 2025: Tarikh, Tema & Teras Utama Kerangka Ekonomi 7

Kementerian Kewangan sangat mengalu-alukan cadangan dan pendapat anda bagi Belanjawan 2025 untuk memperkasa Malaysia MADANI.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More