Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB Prime Scholarship) Tahun 2024
Berikut adalah info mengenai permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB Prime Scholarship) bagi tahun 2024.
Isi Kandungan
Mengenai TNB Prime Scholarship
Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa ini bagi mengikuti program pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.
Apakah Peringkat Penajaan Yang Ditawarkan?
Peringkat penajaan yang kini ditawarkan adalah Peringat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam Tahun 1, Kemasukan Semester 1, 2024/2025 (Oktober 2024).
Apakah Bidang Pengajian Yang Ditaja?
Bidang pengajian yang ditaja bagi TNB Prime Scholarship ini adalah dalam bidang Kejuruteraan Kimia.
Bidang pengajian yang akan ditaja adalah berbeza-beza pada setiap tahun. Pemohon wajib mengikuti kursus atau bidang yang ditawarkan sahaja.
Apakah Kelebihan Jika Berjaya Ditawarkan Biasiswa TNB Prime Scholarship, Selain Mendapat Pelbagai Elaun?
Pelajar tajaan TNB Prime Scholarship berpeluang untuk membuat dan menyertai:
- Program Student CSR Exploration (SCoRE).
- Acara Temasya Sukan Tahunan.
- Community Support Activities.
- Pelbagai program pembangunan pelajar.
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat umum permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB Prime Scholarship) bagi tahun 2024 yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Khusus untuk pelajar baru Tahun Satu Semester Pertama Ijazah Sarjana Muda yang telah mendapat tempat pengajian / surat tawaran universiti di Universiti Awam.
- Pemohon berstatus Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari dalam tahun permohonan dibuat.
- Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
- Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.
Apakah syarat kelayakan akademik untuk memohon TNB Prime Scholarship?
- Lulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.50; atau
- Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.50.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB Prime Scholarship) bagi tahun 2024 kini dibuka bermula 24 September 2024 sehingga 9 Oktober 2024 dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) pada borang permohonan seperti pada pautan berikut:
>>>Permohonan Biasiswa TNB Prime Scholarship 2024<<<
Tiada dokumen hardcopy yang perlu dimajukan kepada YTN semasa permohonan dibuat kerana semua permohonan adalah secara dalam talian sahaja.
Kriteria pemilihan penawaran bagi Biasiswa TNB Prime Scholarship merangkumi penilaian ujian Psikometrik dan penglibatan kokurikulum calon.
Pemohon tidak dihalang untuk membuat permohonan namun dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu. Hanya pemohon yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan sahaja akan diproses dan layak dipertimbangkan.
Semua permohonan akan diproses untuk disenaraipendek terlebih dahulu. Pemakluman tarikh untuk nama calon yang berjaya disenaraipendek boleh disemak di laman sesawang YTN dari semasa ke semasa.
Proses Permohonan Tajaan
Berikut merupakan proses-proses permohonan tajaan yang perlu diketahui oleh semua calon yang ingin memohon, iaitu:
Proses 1 | Permohonan dibuat secara dalam talian sahaja. |
Proses 2 | Calon akan disenaraipendek. |
Proses 3 | Calon yang disenaraipendek sahaja perlu memuatnaik dokumen sokongan di portal permohonan YTN secara dalam talian. |
Proses 4 | Calon perlu hadir temuduga secara bersemuka atau secara dalam talian. |
Proses 5 | Pemakluman keputusan calon berjaya yang mendapat tawaran tajaan YTN. |
Proses 6 | Pengesahan penerimaan tawaran tajaan oleh calon berjaya di portal permohonan YTN. |
Proses 7 | Calon berjaya perlu memuat turun Surat Tawaran Tajaan YTN dan dokumen- dokumen lain yg berkaitan. |
Proses 8 | Penghantaran dokumen sokongan hardcopy oleh calon berjaya ke Pejabat YTN. |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB Prime Scholarship) ini, sila rujuk portal rasmi Yayasan Tenaga Nasional atau terus e-mel ke [email protected] atau hubungi terus talian di 03 – 8924 7500.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!