Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kaedah Pemberian Pelarasan Gaji SSPA Kepada Penjawat Awam

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Pelarasan Gaji SSPA yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 13 September 2024.

Isi Kandungan

Pekeliling Perkhidmatan SSPA Berkuatkuasa 1 Disember 2024

Seperti yang kita sedia maklum, bermula 1 Disember 2024 Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Penjawat Awam boleh memilih sama ada untuk kekal di bawah SSM atau memilih opsyen SSPA dalam tempoh 40 hari bermula 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024.

Justeru, semua Penjawat Awam boleh memuat turun dan rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Pelaksanaan SSPA Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelarasan gaji, elaunpencen dan mengenai kemudahan-kemudahan dalam SSPA yang telah diperincikan.

Kaedah Pemberian Pelarasan Gaji SSPA Kepada Penjawat Awam 1

Pemberian Pelarasan Gaji SSPA

Sebagai satu penambahbaikan kepada struktur gaji, pelarasan gaji sebanyak 15% akan diberikan secara berfasa seperti berikut:

Kumpulan PerkhidmatanKadar PelarasanTarikh Pelaksanaan
Pengurusan dan Profesional8% atau minimum RM2401 Disember 2024 (Fasa 1)
Pelaksana8% atau minimum RM2401 Disember 2024 (Fasa 1)
Pengurusan dan Profesional7%1 Januari 2026 (Fasa 2)
Pelaksana7%1 Januari 2026 (Fasa 2)

Pegawai Yang Layak Menerima Pelarasan Gaji SSPA

Pegawai yang menerima opsyen SSPA dan berada dalam situasi berikut layak untuk menerima pelarasan gaji secara berfasa, iaitu

Syarat-syarat pegawai yang layak menerima pelarasan gaji bagi Fasa 1 adalah seperti berikut:

  • Pegawai yang dilantik sebelum 1 Disember 2024 dan sedang berkhidmat pada 1 Disember 2024; atau
  • Pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 1 Disember 2024.

Syarat-syarat pegawai yang layak menerima pelarasan gaji bagi Fasa 2 pula adalah seperti berikut:

  • Pegawai yang dilantik sebelum 1 Januari 2026 dan sedang berkhidmat pada 1 Januari 2026; atau
  • Pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2026.

Pegawai Yang Tidak Layak Menerima Pelarasan Gaji SSPA

Pegawai yang tidak layak untuk menerima pelarasan gaji adalah seperti ketetapan yang berikut:

  • Pegawai yang menolak opsyen SSPA; atau
  • Pegawai yang tidak lagi berkhidmat pada 1 Disember 2024 (Fasa 1) atau 1 Januari 2026 (Fasa 2).

Kaedah & Prinsip Pelarasan Gaji SSPA

Bagi maksud pemberian pelarasan gaji sebagai amaun gaji baharu dalam JGMM pada 1 Disember 2024, gaji hakiki pegawai pada 30 November 2024 ditambah dengan kadar pelarasan gaji yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Pegawai dengan gaji RM3,000 ke atas diberi pelarasan gaji sebanyak 8%; atau
  • Pegawai dengan gaji RM3,000 dan ke bawah diberi pelarasan gaji sebanyak RM240.

Sekiranya gaji pegawai setelah diberi pelarasan gaji adalah di bawah daripada GPT atau gaji permulaan skim perkhidmatan di bawah SSPA, gaji pegawai akan dipindahkan ke amaun GPT atau gaji permulaan skim perkhidmatan tersebut.

Amaun gaji pegawai selepas pelarasan gaji akan dipindahkan ke JGMM baharu.

Bagi pegawai yang menerima opsyen SSPA tetapi belum memenuhi syarat pertukaran pelantikan di bawah SSPA, gaji pegawai adalah tertakluk kepada struktur gaji yang berkuat kuasa di bawah SSM dan gaji pegawai akan dipindahkan berdasarkan skim perkhidmatan dan struktur gaji di bawah SSPA sehari selepas pegawai memenuhi syarat pertukaran pelantikan di bawah SSPA.

Pemberian pelarasan gaji bagi Fasa 2 pula adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2025 ditambah dengan kadar 7% pada 1 Januari 2026.

Amaun gaji pegawai tersebut kekal dalam JGMM yang terpakai kepada pegawai berkenaan.

Pegawai yang tarikh pergerakan gajinya adalah pada 1 Januari 2026, pelarasan gaji hendaklah diberi terlebih dahulu dan seterusnya diberi PGT, tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia.

Kenaikan Pangkat Pada Tarikh Pelarasan Gaji

Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya adalah pada 1 Disember 2024 atau pada 1 Januari 2026, hendaklah diberi pelarasan gaji terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat atas gaji SSPA.

Simulasi Pelarasan Gaji & Pemberian PGT

Berikut adalah antara contoh simulasi pelarasan gaji secara berfasa untuk makluman semua Pegawai Awam.

Simulasi bagi pemberian pelarasan gaji Fasa 1 dan Fasa 2 serta pemberian PGT yang lebih terperinci boleh didapati pada Lampiran D3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Pelaksanaan SSPA Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam.

Kaedah Pemberian Pelarasan Gaji SSPA Kepada Penjawat Awam 2
Contoh Simulasi Pelarasan Gaji SSPA
Kaedah Pemberian Pelarasan Gaji SSPA Kepada Penjawat Awam 3
Contoh Simulasi Pelarasan Gaji SSPA
Kaedah Pemberian Pelarasan Gaji SSPA Kepada Penjawat Awam 4

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Pelarasan Gaji SSPA ini, sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam atau laman-laman sosial rasmi seperti berikut:

Untuk makluman, Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kini boleh diakses oleh pengguna. Selain itu, Pegawai Awam juga boleh menggunakan Kalkulator Gaji SSPA untuk mengetahui pelarasan gaji SSPA anda yang lebih terperinci.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More